10 June 2017 (Sabtu) Thirdforce bercadang nak round Kuala Krai ziarah keluarga anak-anak tahfiz yang kemalangan baru-baru ini yang mana sebahagian dari  kita akan ziarah ini anaknya meninggal dunia.

Kita mahu berjumpa ibubapa anak-anak hebat ini dan menyelami, menyantuni serta melihat sendiri kehidupan mereka di rumah dan juga di Hospital di samping ziarah asnaf-asnaf lain. Kalau habis lewat kita berbuka tepi jalan or kat masjid je mana-mana.

Rata-rata anak-anak tahfiz ini anak yatim dan dari kategori asnaf.

Kita permudahkan kerja baik.
Kita hidup sederhana
tanpa protokol dan bnyk birokrasi.

Sekadar mencari pahala dan bekal akhirat.

Alang-alang cuti sekolah lagi tu hari sabtu Jommm sapa nak ikut?
Whatsapp 013-9617103

Dalam kejadian 2 Jun lalu, tujuh pelajar tahfiz terkorban, tujuh lagi cedera termasuk lima parah selepas van yang dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam cerun dan merempuh sebuah rumah penduduk di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kelantan.

Ketika kejadian, seramai 14 orang termasuk dua ustaz dari Maahad Tahfiz Al-Hashimi itu dikatakan dalam perjalanan ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk menghadiri aktiviti tafsir al-Quran.
Bersama Maarof abd Maarof Abd Mutalib & Dato Adnan Hashim

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*