8 Jun 2016, Pagi ni bertempat di Dewan Bangunan FAMA Negeri Kelantan abangraja di jemput untuk berkongsi pengalaman dan juga cabaran yang di lalui sepanjang penglibatan sebagai sukarelawan.

Perkongsian di buat bersama sukarelawan JKM seluruh negeri kelantan. JKM menganggarkan bilangan sukarelawan JKM seluruh negara mencecah 10,000 orang dan abangraja di minta menyuntik semangat serta inspirasi kepada para peserta.

Hubungan baik antara thirdforce dan JKM adalah antara bukti bagaimana kerjasama dari NGO dan agensi kerajaan mampu mempercepatkan bantuan, meningkatkan efisiensi serta menampung kelemahan yang ada antara satu sama lain.

Malah, thirdforce sebagai satu gelombang mengajak orang ramai untuk jadi sukarelawan dalam apa saja keadaan, ringan tulang membantu orang yang memerlukan bantuan serta membudayakan kerja tolong menolong pastinya menjadikan usaha JKM dlm membantu masyarakat juga dapat sapa2 di bantu dan di sokong.

Terima kasih atas jemputan.

Semoga Allah sentiasa satukan hati2 kita dalam mencari redha Allah.

Syabas JKM Kelantan.
Tahniah kepada semua sukarelawan JKM yang hadir.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*