12 Jun, kg Demit-Masih ingat lagi kepada kes adik kamelia dan keluarga yang hidup dalam kesusahan terbongkar setelah dia menulis mengenainya dalam satu karangan sekolah satu masa dulu?

Kita telah menghulurkan bantuan dalam pembelajaran adik kamelia dan merupakan sebahagian dalam program bantuan jangka panjang keluarga besar thirdforce.

Hari ni sukarelawan Thirdforce ke rumah adik kamelia dan keluarga untuk menghantar pek ramadan. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan mereka sekeluarga.

Kami juga diberitahu oleh bapanya bahawa adik kamelia akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Sama-sama kita doakan agar adik kamelia mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga dipermudahkan segala urusan…

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan Thirdforce Pasir Puteh

Attachments
  • pek-ramadan-kepada-kamelia-1

Related Post

Leave us a reply

*

*