PEK SYAWAL DAN PESANAN TAUHID UNTUK ASNAF

Salam dan selamat pagi. Tinggal 11 hari lagi untuk kita gandakan ibadat, sedekah, dan juga kerja-kerja baik lain insyaAllah.

Sukarelawan thirdforce bermula minggu ini dan minggu depan akan fokuskan kepada bantuan pek syawal pula. Ini tahun kedua kita lancarkan pek syawal setelah kita gerakkan pek ramadan pada minggu2 pertama ramadan bermula.

Idea pek syawal bermula bila mana abangraja terkenangkan zaman kecik dulu bila hari raya tak ada apa2 pun kat rumah. Takde biskut raya mahupun apa2 yang istimewa. Mak dan abah tak mampu nak sediakan semuanya itu.

Kami adik beradik pergilah sembahyang raya. Ada yg berjalan kaki ada yang abah angkut dengan motor. Tak ada baju raya untuk anak lelaki bila dah meningkat remaja. Baju raya adik2 perempuan lima orang tu mak jahit sendiri.

Biasanya mak dan abah akan hadiahkan kain pelikat sehelai untuk saya dan abang. Itulah “baju raya” kami. Kain raya kot … bukan baju raya. Seingat saya baju raya yg pertama saya miliki ialah pada usia 20 tahun kot … beli sendiri guna duit biasiswa. Beli warna biru sebab ada songket warna biru yang dapat hadiah masa menang pertandingan sayembara puisi. So takleh beli baju melayu warna lain lah … kena warna biru untuk match dengan sampin biru.

Masa tu beli baju melayu jugak utk abah satu dan tudung satu untuk mak.

Zaman kanak-kanak abah selalu bila dekat nak raya pergi rumah makcik di kota bharu naik motor pinjam duit dengan majkcik atau ambil baju hutang dengan makcik. Makcik (Kakak abah) ada business kedai pakaian. So abah bawak baliklah baju2 yang stok lama ataupun abah bawak baklik T Shirt berkolar. Semuanya hutang.

Abah dan mak dari kecik sangat tekankan cara berpakaian. Kami adik beradik langsung tak dibenarkan pakai jeans dan t shirt roundneck. Mak kata tak cantik dan tak nampak mcm budak baik … bila dh masuk IPT baru mak zinkan pakai jeans utk adik2 perempuan tupun jenis yang lembut dan longgar.

Zaman remaja masuk je sekolah menengah dah tak ada baju raya.

Zaman kecik darjah satu darjah dua je ada baju raya tupun abah tak mampu nak beli baju melayu. Kadang2 abah bagi track suit sebagai baju raya. Pakailah track suit di pagi raya tanpa mengenal erti apa2 … hanya erti syukur dengan apa yang ada … itu yg abah ajar … biarpun terasa janggal tengok kawan2 semua pakai baju melayu …

Abah kata baju melayu tak boleh pakai sepanjang tahun. Baju Melayu jarang2 sekali je pakai. Tak berbaloi.

Rasanya abah dan mak tak mampu sebab masa tu adik beradik semua bersekolah.

Pagi raya pergi solat raya then balik rumah … masuk bilik… then tidur. Takpun tengok jelah TV. Bila ada tetamu datang, kawan2 abah, sedara mara datang terus masuk bilik pura2 tidur. Tak reti nak sembang apa.

Nak pergi jalan2 rumah sedara mara takde transport. Abah ada motor je sebiji. Abah biasanya bawak mak pergi umah atuk. Kena tunggu abah balik dulu baru boleh pinjam motor abah. So terperap jelah di rumah dengan adik2.

Rumah kami jauh dalam kebun getah. Tak ada siapa yang datangpun. Kalau ada yg datangpun pakcik2 atau kawan2 abah.

Tak ada apa juadah istimewa melainkan pulut bakar (Pulut Lepa) yang abah tak pernah miss buat setiap tahun dan juga tapai pulut bungkus dengan daun getah. Kadang2 mak buat nasi himpit kuah kacang. Kami adik beradik punggahlah sampai malam.

Takde orang datang rumah maka tak ada duit raya.
Seingat saya tak ada duit raya kot.
Tak penah ingat ada duit raya.

Pengalaman itulah maka saya katakan kepada diri saya sekiranya satu hari nanti Allah izinkan … saya mahu berikan sedikit biskut raya untuk orang miskin, sedikit kegembiraan utk anak2 yatim, baju raya ataupun ketupat segera … ataupun kordial ataupun apa sajalah yang menggembirakan mereka.

Setiap tahun saya membesar dengan azam ingin menggembirakan orang2 miskin dan anak-anak yatim di hari raya bersama pesanan tahuhid dan akhlak iaitu jangan bersedih kita miskin, jangan bersedih kita anak yatim … kerana mungkin kemiskinan inilah … yatim inilah sepatutnya menjadi kekuatan untuk kita berjuang membina masa depan.

Janganlah kita jadi miskin lagi hina dengan akhlak yang buruk, jauh dari tuhan serta ilmu yang sedikit.

Pek syawal yang kita lancarkan bukan sekadar bersamanya ada biskut raya, baju raya, ang pow raya dsbg. Tetapi yg lebih penting adalah pesanan yg di sampaikan oleh sukarelawan thirfdforce kepada asnaf sewaktu agihan iaitu :-

Jommm jadi orang baik-baik.

PEK SYAWAL BERMULA HARI INI!
InsyaAllah

Related Post

Leave us a reply

*

*