15 June 2017, Khamis : 0830-1030

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKA

Puji syukur kehadrat Allah SWT, Tuhan semesta alam yang telah memberikan jalan bagi kami untuk melaksanakan penyaluran zakat dan sumbangan amal dari para penderma yang dermawan. Kegiatan penyaluran zakat dan sumbangan amal ini (3rd Force Bersama Masyarakat) berlangsung pada hari khamis, 15 June 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka.

Penyelia TF Terengganu, Dr. Faizul dan barisan sukarelawan bergambar kenang-kenangan bersama pengetua dan guru-guru SMK Paka

Idea awal sumbangan ini adalah susulan daripada agihan pek Ramadhan pada tahun lalu. Dimana kami hanya mampu menyediakan sebanyak 10 pek sahaja sedangkan anak-anak yatim di sekolah tersebut lebih dari jumlah tersebut. Dengan bantuan serta sumbangan semua kami dapat mengumpul sebanyak 40 pek dan akan di agihkan ke sekolah kedua juga iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Nyior. Sumbangan demi sumbangan yang kami terima telah menyebabkan agihan ini di perluaskan lagi. Dan pada hari ini seorang HAMBA ALLAH telah memberi sumbangan peribadi di mana kami akan memilih sekolah di Daerah Dungun pula. Ini bermakna 3 buah sekolah akan mendapat sumbangan tak terduga ini. Semoga dengan sumbangan yang dikumpul ini akan memberi senyuman kepada semua pelajar yang terlibat.

Dengan kerjasama semua sukarelawan 3rd Force yang di ketuai oleh Team Paka, Che Daud Mamat telah berjaya membawa 3rd Force ke sisi masyarakat setempat. Pergerakan kami tidak akan berhenti di sini kerana dalam masa yang sama kami memberi ruang kepada mereka yang telah bersara untuk turut serta menyelami mereka yang memerlukn bantuan serta menggunakan masa yang ada untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan 3rd Force dari Kuala Terengganu – @Mohd Faizul, Hulu Terengganu – Kaseh Latifah, Kemaman- Kak Tie, Kerteh – Mohd Yaki, Paka – Che Daud, Hanafi, Norhaslina, Haslina kerana sudi menyertai agihan ini. Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan admin kerana agihan pada tahun ini mendapat sokongan yang padu dari sukarelawan.

Program kami akan di teruskan lagi ke sekolah kedua dan ketiga :-

Sekolah Menengah Keb. Kg. Nyior
Tarikh : 18 Jun 2017, Ahad
Masa : 8.30am

Sekolah Menengah Keb. Sura (Tentative)
Tarikh : TBA
Masa : 8.30am

Terima kasih juga buat semua guru2 di SMKP, Pengetua Sekolah, Guru PKHEM, Cikgu Rosiyah, Cikgu Maulana Tawang.

FAIZUL MUSTAPHA
Thirdforce Terengganu

Attachments
  • thirdforce-bersama-masyarakat-2
  • thirdforce-bersama-masyarakat-1

Related Post

Leave us a reply

*

*