KUALA KRAI: 15 JUN 2017, Tiada gambaran yang dapat diluahkan jelas terpancar wajah2 kegembiraan anak-anak syurga ini tatkala mendapat berita satu majlis khas IFTAR akan diadakan bagi merai anak-anak yatim dan miskin seramai 61 orang terdiri daripada murid kelas pendidikan khas serta murid tahun 1 hingga 6.

antara barisan guru dan pengerak untuk menjayakan majlis iftar bersama pelajar miskin dan anak yatim di SKSYP1

Majlis IFTAR telah berlangsung  tanggal 14 Jun,Rabu kelmarin.Kenangan terindah ini menjadi kenyataan .Jutaan terima kasih untuk para pentadbir,barisan AJK Kelab Petra Care With SKSYP1 Kuala Krai yang padukan tenaga dan rapatkan ukhwah sama merialisasikan majlis gilang gemilang ini.

Jutaan terima kasih kepada 3rd Force khasnya Abe Raja, BGE food Industri, Rakan-rakan saya dan Bekas pelajar saya yang sama menjadi sebahagian dari penyumbang dana majlis ini. Salam Kasih sayang dari kami.Jasamu tidak terbalas..

antara anak-anak yatim dan miskin menerima cendehati daripada pihak sekolah

Majlis bermula seawal jam 6.30 petang..dengan bacaan Yassin.Solat Magrib berjemaah dan majlis berbuka puasa.”ala-ala Hotel”dan mendapat layanan istimewa daripada guru-guru membuatkan anak sangat berselera.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hamper dan cenderahati kepada anak2 asnaf.Majlis berakhir setelah selesai solat Isyak dan Terawih berjemaah.

Majlis IFTAR ini merupakan kenangan terindah dalam hidup mereka. Anak-anakku … kami hanya merialisasikan impian anda..melaksanakan amanah dari penyumbang-penyumbang di luar sana untuk sama-sama mencari pahala dan keredhaan Allah swt berkongsi rezeki dan kegembiraan pada bulan yang mulia ini.

Cikgu Zul
SKYP1 Kuaka Krai
Thirdforce Kuala Krai

Attachments
  • syukur-padamu-1
  • syukur-padamu

Related Post

Leave us a reply

*

*