Hati rasa sebak dan sayu melihat kesungguhan dan keprihatinan sahabat-sahabat saya dari persatuan orang kurang upaya yang turut bersama dalam gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik dengan membantu mengagihkan pek syawal dan pek ramadan kepada OKU lain yang dhaif.

Tahniah Kufri, Abang Rosli dan semua team dari persatuan OKU yang sentiasa peka dan prihatin membantu golongan senasib.

Saya percaya ianya bukannya mudah utk mengangkat pek syawal tersebut dlm keadaan diri sendiri juga cacat.

Begitulah indahnya perjuangan ini.

Perjuangan untuk membina negara ini dengan kasih sayang dan keprihatanan antara satu sama lain menjangkaui sempadan politik, bangsa dan agama.

Berbahagialah semua penyumbang yang terus istiqamah sama-sama membantu. Perhatikanlah gambar-gambar ini bagaimana OKU sendiri dalam keterbatasan mereka juga mahu bersama dalam keluarga besar thirdforce.

Kita keluarga besar thirdforce
Keluarga orang baik-baik

InsyaAllah

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*