Assalamualaikum, Pehatikan Gambar-gambar ini satu persatu dan selamilah nasib mereka! Lokasi : Kg Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan.

Alhamdulillah semalam kami dipermudahkan Allah untuk berbuka puasa bersama 1 keluarga asnaf.

keadaan rumah En. Burhanuddin b Yusuf yang belum siap kerana tidak mampu dan kesempitan hidup

Bersama En. Burhanuddin b Yusuf (58 tahun) dan isteri serta 5 orang anaknya.
Beliau yang sedangbertungkus lumus berusaha menyiapkan pondok keciknya walaupun sudah hampir 3 tahun rumah 1 bilik seluas 32 x 17 kaki persegi itu tidak pernah nampak nak siap.

Bekerja sebagai seorang buruh binaan yang hanya mampu bekerja kurang dari 3 jam sehari atas nasihat doktor supaya tidak melakukan kerja berat di sebabkan pelbagai penyakit yang di hadapinya.

Namun, nak tak nak kena kerja juga.

Beliau dibelenggu oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan masalah jantung.

Anak bongsunya Nur Suibah (1 tahun) juga menghadapi masalah usus pendek yang terpaksa dibuat rawatan susulan di hospital dari masa ke semasa setelah melalui satu pembedahan.

Rumah yang sedang didirikan ini adalah dari bahan lebihan dari kawasan pembinaan berdekaitan yang dikutip dan dihimpunkan.

Walaupun beliau telah mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan dari JKM, itu tidak mencukupi untuk beliau membeli bahan binaan yang diperlukan apatah lagi untuk menyara keluarga.

Sementara ini beliau beliau menumpang teduh dirumah mertuanya (tiri) di Kg Palekbang.

Anak-anaknya
1. Nur Dasida 17 tahun.
2. Alif Putera 16 tahun
3. Nur Fatin Auni 11 tahun
4. Aiman Haziq 11 tahun
5. Nur Suibah 1 tahun

Dan mereka begitu teruja untuk tinggal di rumah baru yang sedang dibina.

baharudin menerima pek syawal daripada wakil thirdforce wakaf bharu

Jangan bicara soal persiapan raya, baju raya atau apa saja yang berkaitan kerana mereka tak pernah memikirkannya.

Rintihan En. Burhanuddin, dengan berbagai masalah kesihatan yang beliau hidapi, beliau benar-benar berhajat untuk menyiapkn rumah ini untuk anak-anaknya sebelum di jemput illahi.

Jom kita sama-sama merealisasikan impian seorang ayah yang tak mampu untuk mencapai impian sucinya ini.

Bak kata Arwah Prof. Dr Suhaily dari UPSI:
“Kalau bukan kita siapa lagi”

Bak kata Tn. Hj Dr. Raja Shamri pengasas Thirdforce:
“Jom Jadi orang baik-baik”

JOMMM SAMA-SAMA BANTU!

“Ziarah dan iftar bersama asnaf” selesai jam 7.45 malam dan kami bergegas untuk tunaikn fardu maghrib…

Wallahualam.

We are the 3rd force.
Together we are stronger..

Catatan
Hasmizul Hisham
The 3rd Force Wakaf Bharu
24 Ramadhan1438
19 June2017

******************************************

[abangraja] Terima kasih Sham dan team kita di Wakaf Bharu.

Abangraja dengan lafaz Bimillah dengan ini melancarkan serta merta projek “Villa Syurga Ayah” bantuan pembinaan rumah Abang Din di Kg Sarang Burung Tumpat Kelantan.

Kerja-kerja pembinaan boleh bermula secepat mungkin sejurus lepas raya insyaAllah.

Hulurkanlah juga bantuan untuk mereka nak beraya ya terutama anak-anak abang Din ni …

Syabas team! Kipidap.
Tahniah kerana dipilih Allah untuk bersama asnaf yg seperti ini.

Kepada keluarga besar thirdforce …
jommmm bersama kami seperti biasa.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*