Setiap kali 3rd Force meninjau kawasan kita akan bertemu dengan kediaman yg dhoif, ibu-ibu tunggal yang miskin dengan anak yang ramai, anak-anak yatim yangg kurang pembelaan dan OKU yg terkapai-kapai tanpa bantuan. Jangan lupa untuk bersama Warga 3rd Force yang rumahnya mempunyai semua golongan-golongan ini “all-in-one”.

Rahman atau lebih dikenali sebagai Abe Mae bersama isteri dan anak menerima pek Syawal dan sumbangan daripada the THIRDFORCE Rantau Panjang.

Ceritanya:
Hari ini 8 Jun 2017, Jam 9 pagi, kami seramai 4 orang sukarelawan 3rd Force Rantau Panjang diberi kelapangan masa untuk menziarahi keluarga Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Abe Mae

Abe Mae sekeluarga menumpang teduh dari hujan dan panas di rumah sewa yang sangat daif dan tidak selesa. Walaupun serba kekurangan, keluarga besar ini hidup dengan bahagia. Namun episod sedih bermula selepas isterinya jatuh sakit. Puan Zahera jatuh sakit dengan tiba apabila beliau yang menghidap darah dinggi diserang strok. Bukan setakat itu sahaja, selepas menjalani rawatan, Puan Zaherah dimasukkan ke ICU lebih dari sebulan akibat kencing manis yang tinggi. Hati keluarga ini remuk bagaikan gelap gelita.

Namun perjuangan hidup tetap diteruskan. Demi pelajaran anak-anak dan keperluan Puan Zaherah, Abe Mae terpaksa mengorban segalanya. Beliau insan yang gigih demi keluarga. Beliau hanya bekerja pada hari minggu apabila anaknya tidak bersekolah kerana komitmen kepada isterinya. Pendapatan beliau hanyalah RM100 seminggu dan kadang kala tidak bekerja kerana anak menghadiri kelas tambahan pada hari minggu.

Puan Zaherah dimasukkan ke ICU lebih dari sebulan akibat kencing manis yang tinggi kini dijaga oleh abang mae dan anak-anaknya.

Seorang anak perempuan sulung terpaksa mengambil keputusan untuk bekerja di pekan Rantau Panjang dengan pendapatan RM400 sebulan untuk menampung keperluan seorang ibu seperti lampin pakai buang, barang dapur dan sebagainya. Namun, susu yang diberikan kepada ibu terpaksa diberhentikan kerana tidak mampu.

Anak – anak Abe Mae yang masih bersekolah di Darjah 6 dan Tingkatan 3. Namun begitu ada 2 orang anaknya yang sedang melanjutkan Ijazah di menara gading( UiTM ). Mereka terpaksa mengikat perut untuk meringankan beban seorang ayah di kampung.

Lebih sayu apabila kami menanyakan bantuan apa yang diterima dari agensi lain. Mereka tidak mempunyai apa apa bantuan dari mana-mana agensi. Sayu hati menitis air mata. Kecekalan seorang insan bergelar bapa dan suami memerah kudrat menjaga keluarga sebaik mungkin.

Ini semua dugaan yang Allah berikan pada keluarga Abe Mae. Allah ingin mendengar rintihan hambanya.

Ayuh sama-sama kita membantu tidak kira dari segi kewangan ataupun tenaga, tidak kira macam mana cara yang kita termampu dan macam macam idea lagilah untuk membuat kebajikan.

Jalan terakhir, harap tuan-tuan dan puan-puan mendoakan kami serta semua diberi rahmat dan kesihatan untuk terus membantu.

kak zaimah
Sukarelawan 3rd Force Rantau Panjang

Attachments
  • demi-pelajaran-anak-anak-1
  • demi-pelajaran-anak-anak

Related Post

Leave us a reply

*

*