Semalam abangraja dan thirdforce hadir ke program iftar sekolah rendah agama darul furqan (SRIDAF) iaitu sekolah rendah islam pertama di BESUTTerengganu.

Thirdforce membantu  pembangunan sekolah ini sejak dari awal sehingga kini baru 2 tahun lebih ianya mula beroperasi. Antaranya kita bantu bina library, meja-meja guru, bina bilik darjah dsbg.

Tuan2lah yg menjadikan usaha ini satu kenyataan.

Abangraja dan thirdforce sentiasa memberi sokongan dan menyatakan keprihatinan terhadap pembangunan pendidikan yang berteraskan keagamaan, tahfiz dan akademik seperti yg di bawa oleh SRIDAF.

Perhatikan wajah anak-anak yang melalui pendidikan keagamaan ini. Sejukkkk hati dan ianya pastilah saham akhirat berpanjangan utk kita juga bila kita membantu pembangyunan institusi seperti ini.

Di SRIDAF, pembelajaran bermula dengan bacaan al matsurat di awal pagi, hafazan al quran dan solat dhuha. Selepas waktu rehat barulah pembelajaran akademik bermula dan berhenti utk tidur sekejap (napping), makan tengah hari dalam talam dan solat zohor berjemaah. Sesi petang di sambung dengan hafazan al quran, akhlak, tauhid, bahasa arab atau fiqah.

Semoga sedikit sumbangan kita kepada jihad fisabilillah pembangunan pendidikan islam ini akan menjadi saham akhirat kita berpanjangan juga insyaAllah.

Attachments
  • iftar-bersama-pelajar-sridaf-2
  • iftar-bersama-pelajar-sridaf-1

Related Post

Leave us a reply

*

*