Sejak kita lancarkan gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik-baik ini melalui thirdforce tidak banyak sekolah mahupun IPTA/s yang menyambut seruan kita. Pada peringkat awal dulu tidak kurang juga kita dilihat seperti memalukan sekolah bila kita sama tolong pelajar miskin.

Pemikiran sempit seperti ini tidak lain apabila minda kita di dotrinkan bahawa hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang boleh bagi bantuan di negara ini, orang lain tak boleh. Thirdforce dilihat memalukan sekolah dan sebagainya. Akhirnya pelajar-pelajar miskin ini tak terbantu juga.

Namun begitu setelah hampir 3 tahun gerakan ini kita lancarkan, keterbukaan pihak sekolah dan IPTA/s mula menampakkan maklum balas positif. Kita telah lancarkan thirdforce di peringkat sekolah rendah lagi bagi memupuk budaya tolong menolong ini seawal peringkat sekolah rendah. Di SKYP1 Kuala Krai contohnya. Ini kerana kita tengok anak-anak kita sekarang ini hendak minta tolong kutip sampah pun payah. Gotong royong bersih tandas jauh sekali. Sedangkan di negara jepun, nilai-nilai seperti inilah yang sangat di tekankan pada awal usia.

Kita “offer” sekolah-sekolah  menengah seluruh Malaysia untuk lancarkan thirdforce peringkat sekolah namun hanya segelintir yang menyahut. Mereka seperti takut-takut. takut apa entah sayapun tak tahu.

Takut nak jadi orang baik-baik??

Yang pastinya sekolah yang kita lancarkan thirdforce membuka kepada mereka satu networking besar keluarga besar thirdforce untuk sama-sama membantu para pelajar miskin, membantu program sekolah dan sebagainya.

Di IPT juga kita telah lancarkan secara besar-besaran thirdforce UNITEN di Muadzam Shah bersama Naib Chanselor dan para pelajar UNITEN diikuti Thirdforce UNIMAP, dan terkini thirdforce UiTM KB dan UIA Gombak.

Semuanya adalah dengan satu aspirasi iaitu untuk mengajak orang ramai jadi orang baik-baik.

Hari ni di Perak, Thirdforce Perak yang ada diantara mereka penyarah Kolej Vokasional Seri Manjung memulakan bantuan untuk para pelajar KVSM dari kategori anak-yatim miskin, fakir miskin dan sebagainya. Yang dapat manfaat adalah pelajar KVSM itu sendiri.

Keterbukaan dalam mengajak orang ramai jadi orang baik-baik inilah yang menjadikan kita bangsa yang hebat. Kita sepatutnya berebut nak lancarkan thirdforce. Ini tidak .. kita berebut nak anjurkan program yang melalaikan dan merosakkan anak bangsa.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
Terima kasih kepada para penyumbang.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*