Pada 03 Julai 2017, tarikh melaporkan diri bagi seorang lagi anak prihatin 3rd Force yang berjaya melanjutkan pelajaran. Berita gembira diterima setelah setahun lepas menghadiri temuduga akhirnya NIK NUR SYAHIRA, 20 tahun ditawarkan mengikuti Kursus Diploma Pergigian di Pusat Pergigian Kanak-Kanak Dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia,Georgetown,Pulau Pinang.

Beliau telah terlibat dengan 3rd force dalam membantu anak yatim piatu dan juga asnaf di sekitar Rantau Panjang dan juga di Tumpat. Dengan panggilan Kak Ira tidak asing lagi di kawasan tersebut sifatnya yang lemah lembut serta prihatin dalam kerja-kerja sukarelawan menjadikan beliau disenangi oleh masyarakat. Inilah kuasa Allah, kak ira tiada terlintas pun mendapat tawaran ini berkat dari kerja-kerja ikhlas pasti Allah membalasnya dengan kebaikan.

Kami warga 3rd force berbesar hati mengiringi kak ira dan keluarga ke Pulau Pinang menghantar beliau melaporkan diri dengan menggunakan van prihatin terima kasih pada penyumbang..amin.

Anak-anak prihatin terdiri daripada anak-anak yang kematian ibu bapa, anak yang tidak saf taraf, dan juga anak-anak yang kurang kemampuan. Mereka ini dijaga oleh Keluarga Besar 3rd Force untuk merasai nikmat yang orang lain ada.

Walaupun hidup dalam keluarga yang tidak semewah orang lain, anak ini semangat untuk melanjutkan pelajaran untuk melangkah keluar dari kepompong kesusahan keluarga. Semuga mereka akan berpeluang untuk berjaya dalam hidup disamping membantu keluarga dimasa akan datang.

Attachments
  • anak-prihatin-sambung-belajar

Related Post

Leave us a reply

*

*