Isnin, 3 Julai 2017- Berita terkini mengenai Fariq, 27 sukarelawan THIRDFORCE yang terlibat dalam kemalangan semalam. Fariq  kini dibawa ke bilik bedah Hospital Perdana pukul 3 petang tadi. Pembedahan dijangka mengambil masa 5 hingga 7 jam. Kepada semua sahabat-sahabat mohon doakan. sekurang-kurangnya tadahlah tangan dan doakanlah sekejap.

“He is in a very bad shape”, Patah paha dan kaki di banyak tempat. Kehilangan banyak darah. Saya rasa esok sahajalah kita ramai-ramai ziarah Fariq. Sebab rasanya biarkan dia rehat dulu post operation malam ini. Pembedahan dijangka siap lepas maghrib. Sokongan kalian semua utk terus bagi kata-kata positif pada fariq esok sangat di perlukan. Mak fariq ganti jaga Fariq sekarang sebab ayah fariq pun tidak sihat. Saya telah menyusun sukarelawan untuk bertugas di hospital bergilir-gilir.

Esok kita pakai baju thirdforce ramai-ramai bagi moral support pada fariq. jika ingin memberi sumbangan boleh bagi kepada mak Fariq. Fariq pun bukan dari keluarga senang. Nanti kita fikirkan jika nak lancarkan tabung mcm mana. Nak bincang dgn keluarga dia dulu. Pembedahan ni juga berisiko sebab bnyk sebab.

“Semoga Allah permudahkan. Saya ada bergelewat di kaki lima hospital ni sampai fariq keluar OT malam ni inyaAllah. Selagi tak tengok fariq keluar saya takkan balik umah Pasir Puteh” kata Raja Shamri, Pengasas The Thirdforce.

Doakan ya .

Related Post

Leave us a reply

*

*