Rabu, 5 Julai 2017 – Alhamdulillah, pagi ini sukarelawan berpeluang untuk Solat Sunat Dhuha berjemaah yang diimamkan oleh Abangraja.

Selesai Solat Sunat Dhuha Abangraja membaca kisah Sahabat Nabi sebagai teladan untuk diambil pengajaran seterusnya diaplikasikan dalam kerja-kerja seharian.

Kisah sahabat Nabi yang dikongsikan oleh Abangraja hari ini ialah ‘Amru Bin Al-Jumuh r.a, sahabat Nabi yang berkaki pincang tetapi mempunyai semangat yang kuat untuk berjihad dalam Peperangan. ‘Amru Bin Al-Jumuh menyatakan hasrat untuk turut serta dalam Peperangan Uhud tetapi dihalang oleh ahli keluarga ‘Amru Bin Al-Jumuh dan kaumnya.

Namun begitu, ‘Amru Bin Al-Jumuh tidak putus asa dan beliau hadir ke majlis Rasulullah dan memceritakan kepada baginda tentang halangan kaum beliau. Setelah mendapat keizinan daripada Rasulullah untuk menyertai Peperangan Uhud, beliau bertempur melawan musuh dengan penuh semangat dan akhirnya syahid dalam peperangan tersebut.

Apabila jenazah ‘Amru Bin Al-Jumuh ingin dibawa ke kembali ke Kota Madinah, unta yang membawa jenazah beliau tidak mahu bergerak dan hanya mengadap ke Bukit Uhud. Apabila perkara tersebut di sampaikan kepada Rasulullah, seterusnya baginda mengarahkan supaya jenazah ‘Amru Bin Al-Jumuh dikebumikan di Bukit Uhud.

Kisah Sahabat Nabi kedua yang dikongsi hari ini ialah Umair Bin Sa’ad, seorang lelaki yang sangat Zuhud dan beliau dilantik oleh Klalifah Umar Bin Al-Khatab sebagai Gabenor Homus. .

Pada awalnya beliau menolak, namun setelah dipujuk oleh Khalifah Umar, beliau menerima tanggungjawab tersebut. Setelah selesai tugas sbgai gabenor beliau pulang bertemu khalifah dlm keadaan tak ada apa2 harta sekadar bekas minuman dan tempat wudhuk. Beliau tidak mengunakan jawatannya utk hidup mewah selepas bersara.

Pengajaran yang diperolehi dari kisah sahabat yang dikongsi hari ini ialah, jangan jadikan kekurangan yang ada dalam diri kita menjadi penghalang untuk berbuat sesuatu kebaikan.

Dan pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Umair Bin Sa’ad ialah sesuatu amanah atau tanggungjawab itu perlu diserahkan kepada ahlinya.

Hariri Rahim
Thirdforce HQ
Pasir Puteh, Kelantan

Related Post

Leave us a reply

*

*