10 Julai, Kebakat – Lawatan abang raja bersama team 3rd Force ke tapak rumah Tok Ngah Din turut menemukan kita dengan satu keluarga Che Soh bin Che Lah yang hidup bersama ibunya, Meriam binti Seman yang telah berusia 90 an di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat.

Apa yang ingin kita kongsikan bersama keluarga besar 3rd force dan masyarakat kita ialah ketabahan abang Che Soh yang telah 18 tahun hidup sebagai orang kurang upaya akibat daripada jatuh dari pokok semasa melakukan rutin kerja biasa sapu lebah pada sarang.(proses mengambil madu)

Kejadian tersebut menyebabkan beliau patah tulang belakang dan mengalami lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah. Beliau tidak pernah tahu tentang OKU boleh menerima bantuan kerana tiada siapa yang tolong atau beritahu berkaitan permohonan bantuan untuk OKU. Namun semangat dan prinsip beliau sangat memberi kesan kepada kami semua yang menziarahi beliau.

Sikap tidak pernah meminta-minta, redha dengan ujian Allah, tidak mahu menyusahkan orang lain, tidak membebankan ibunya yang telah tua sangat mengharukan. Beliau sedikit tidak pernah menghalang ibunya yang mahu ke masjid untuk belajar agama, dan beliau tidak kisah di tinggalkan sendirian.

Kami sempat menawarkan untuk membelikan beliau kerusi roda / wheelchair tapi beliau menolak kerana katanya tak mahu susahkan kita. Katanya lagi hospital sedang usahakan kerusi roda untuknya yanng mana katanya dah lama mohon, insyaAllah dapatlah tu namun beliau tetap tidak mahu susahkan kita

Subhanallahhh …

Pelbagai nasihat dan panduan hidup beliau kongsikan dengan kami semua. Antaranya ialah, Allah tidak pernah menguji hambaNya dengan perkara dia tidak mampu.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Kisah-kisah undividu yang tabah seperti ini menjadi kami sangat terkesan dan telah membuatkan ramai sukarelawan 3rd Force tidak mahu berundur lagi dalam kerja orang baik-baik ini.

Jomm sertai abang raja dan beribu lagi sukarelawan 3rd Force, kita sama2 selami dan nikmati keajaiban-keajaiban kekuasan Yang Maha Esa yang terlalu luas.. Pasti akan bertemu.
Insya Allahh…

Bingkisan dari safuan,
Sukarelawan 3rd Force

Related Post

Leave us a reply

*

*