Rabu 12/7/2017 Adik Afza anak seorang ibu tunggal yang mengidap kanser tulang datang ke HPZ11 kerana temujanji dengan doktor pakar bius selepas 3 minggu menjalani pembedahan.

Kali ini Afza datang dengan red ambulance yang disewa khas oleh thirdforce bagi memudahkn perjalanan Afza pergi balik ke hospital.

Sebelum ini kita tahu betapa sukarnya bagi adik Afza turun dari rumah untuk menaiki kereta yang di sewa untuk ke ke hospital. Bayangkan kami semua perempuan yg tak berdaya terpaksa mengangkat Afza dalam kesakitan yg melampau. Meraung beliau menahan sakit bertemankan si ibu. Perhatikanlah gambar-gambar ini. Bayangkanlah sebelum ini betapa sukarnya kami.

Syukur padamu ya Allah dengan bantuan thirdforce dan red ambulance adik afza dapat pergi balik ke hospital dengan selesa hari ni. Perjumpaan adik Afza dengan pakar bius berjalan lancar dan tiada masaalah dihadapi selepas pembedahan. Selesai dengan pakar bius kami bawa adik Afza berjumpa dengan Dr Zuhairi di Klinik Penjagaan Luka untuk merawat luka adik Afza yang makin kritikal di bawah pelipat lutut.

Kami tiba lewat dan pada masa itu ada lah masa rehat. Dr Zuhairi merawat luka adik Afza tanpa mempedulikan masa rehat beliau.Terima kasih banyak2 Dr Zuhairi. Dr Zurairi pakar luka di klinik luka HRPZ2 adalah juga ketua team perubatan thirdforce. Allhamdulillah semua selesai dalam masa setengah jam.

Saya melihat rahmat Allah bersama kami menemani usaha bantuan ini hari ni … Terima kasih abangraja yang prihatin pada nasib Afza, yang luluskan bantuan utk logistik bersama red ambulance dan aturkan perubatan Afza bersama pakar luka.

Terima kasih red ambulance.
Terima kasih Dr Zurairi.
Terima kasih keluarga besar thirdforce yang terus menyokong program bantuan kami.

Saya kak mah
Thirdforce Rantau Panjang.
HRPZ2 Kota Bharu.

Related Post

Leave us a reply

*

*