13 Julai 2017, Pembinaan rumah Abang Din sudah bermula. Site rel dan lubang tiang sudah siap digali. Hari ini insyaAllah akan siap konkrit foundation untuk tiang.

Pada akhir Ramadhan yang lalu abang Raja telah melancarkan pembinaan rumah “Villa Syurga Ayah” untuk abang din sekeluarga.

Abang Din yang mengalami berbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan masalah jantung sudah hampir 3 tahun berazam menyiapkan sebuah rumah kecil seluas 600 kaki persegi untuk anak-anak dan isteri sebelum dijemput illahi

Kerja pembinaan diketuai oleh diketuai oleh Ustaz Heng bersama beberapa orang pembantu yang lain.

Ustaz Heng berazam untuk untuk segera siapkan rumah Abg Din seperti yang diharapkan oleh Abg Raja.

Kita sama-sama doakan agar pembinaan ini berjalan lancar… Aamiin..

Wallahualam.

“Jomm jadi orang baik2”

“Together We Are Stronger”

Diselia oleh:
Hasmizul Hisham
3rd Force Aura D’Raja
Wakaf Bharu.
Tarikh: 14 Julai 2017
Lokasi: Kg Bunut Sarang Burung Tumpat.

Related Post

Leave us a reply

*

*