Pasir Puteh- pengasas Badan Bukan Kerajaan (NGO) The 3rd Force Dr. Raja Shamri Raja Husin Hari ini telah melancarkan Bantuan Pembelian Ambulance  THIRDFORCE. perkhabaran ini telah di muatnaik dalam entiti Facebook miliknya sebentar tadi. idea untuk mengajar orang ramai untuk sama-sama membeli saham akhirat dengan sama-sama membantu untuk membeli ambulan ini tercetus setelah melihat betapa sukarnya seorang pesakit kanser tulang berulang alik dari rumah ke Hospital.

Tengok betapa sukarnya anak ibu tunggal asnaf yang kita sama-sama bantu adik Afza yang kena kanser tulang berulang alik ke hospital menyebabkan hati saya rasa serba salah.

tambahnya lagi, ketika misi kemanusia ini berjalan selama tiga tahun kebelakangan ini, begitu ramai fakir miskin yang THIRDFORCE telah jumpa dimana rata-rata mereka tidak mampu untuk menyewa kereta atau van ke Hospital bagi mendapatakan rawatan. beliau memberi contoh asnaf yang pernah THIRDFORCE bantu seperti Nenek Ramlah dan Che Soh yang lumpuh serta Adik Nazif di Kedah.

“Terlalu ramai asnaf yang kita jumpa tak mampu nak sewa kereta atau sewa van untuk ke hospital dapatkan rawatan. Nenek ramlah, asnaf che soh yang lumpuh, adik afza, adik nazif di kedah dan ramai lagilah,  Macam mana ya”.

diakhir penulisan tersebut, Raja Shamri mengajar orang ramai untuk sama-sama membantu sedikit seorang supaya impian untuk membeli Ambulan ini dapat dilaksanakan dan sekali gus lebih ramai asnaf diluar sana dapat kita bantu. Yang paling utama saham akhirat akan terus mengalir bilamana kita mengunakan ambulan ini kelak. jom semua penyumbang diluar sana kita sama-sama merebut peluang keemasan ini. percayalah kita tidak akan rugi malah, mungkin ini juga antara asbab untuk kita masuk ke syurga nanti. Insya Allah.

Kita beli ambulance thirdforce nak tak? Saham akhirat berpanjangan untuk kita semua.

Baru-baru ini masa pesta buku di PWTC ada sahabat thirdforce orang korporat datang tawarkan untuk bantu kita dapatkan ambulance  thirdforce tapi terlupa nak ambik no telefon.

Takpelahh .. kita usahakan sikit sorang sama-sama  kita sajalah nak tak …

Ambulance thirdforce!
InsyaAllah. -Raja Shamri

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Related Post

Leave us a reply

*

*