17 Julai 2017, Rantau Panjang- Zainudin bin Jaafar (abg din) berumur 57 tahun beralamat kampung kedai Lama dekat sini. beliau hilang punca pendapatan beberapa tahun lepas kerana diserang penyakit jantung disamping buah pingang serta gastrik.

Sebelum ini abe Din berkerja sebagai tukang rumah. Beliau hanya bergantung kepada pendapatan isterinya yang hanya berkerja memugut ulam ulaman serta sayur yang ditanam sekitar rumah . Encik Zainudin juga turut membantu isterinya memugut hasil tanaman jika kesihatan dia mengizinkan.

Isteri abe Din akan memugut hasil sayuran dan ulaman pada waktu petang setiap dua hari sekali. Pada keesokan harinya abe Din dan isteri akan menghantar sayuran itu ke kedai runcit berhampiran dengan berjalan kaki kerana tiada kenderaan. Dengan berpendapat tidak sampai sepuluh ringit sahari itulah beliau meneruskan kehidupan seharian.

saya berkunjung kerumah abe Din untuk bertanya kabar , bila sampai kerumahnya saya hairan mengapa isteri abe Din memasak mengunakan dapur arang. Bila ditanya, abe Din dengan linangan air mata menceritakan terpaksa menjual tong gas bagi mendapatkan duit untuk tambang bas ke Kota Bharu berjumpa doktor pakar. Ya Allah Air mata mengalir mendegar cerita abe Din. Kagum dengan sikap suami isteri ini yang tidak suka meminta minta. Dengan linangan air mata abe Din memberitahu dia tidak mahu ada hutang satu sen pun bila dia mati satu hari nanti. Dengan itu dia sangup jual tong gas dan kipas agin yang ada untuk mendapatkan duit

Pasangan suami isteri ini amat disenangi oleh penduduk kampung kerana sangat mudah bila di minta pertolongan. Ringan tulang membantu jiran bila ada majlis atau kenduri. Dengan penuh kerlaan hati kami wakil3 rd force Rantau Panjang cuba membantu encik Zainudin dan isteri.

Encik Zainudin mempunyai dua orang anak perempuan tetapi mereka semua sudah ada keluarga sendiri dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur … kami juga cuba dapatkan bantuan jkm untuk encik zainudin.

Jom jadi orang baik -baikbaik

K mah (0129492923)
Thirtforce Rantau Panjang

Related Post

Leave us a reply

*

*