Tarikh: 18 JULAI 2017

Lokasi: Kg Bunut Sarang Burung, Wakaf Bharu, Kelantan.

Alhamdulilah, bim bawah telah siap dibina. Tiang-tinag akan didirikan selepas ini. Setakat ini proses pembinaan berjalan lancar.

“Villa Syurga Ayah”(VSA) telah dilancarkan pembinaannya oleh Abe Raja di penghujung Ramadhan yang baru lepas, untuk Abang Din dan anak-anak.

Abang Din yang mengalami berbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan masalah jantung sudah hampir 3 tahun berazam menyiapkan sebuah rumah kecil seluas 600 kaki persegi untuk anak-anakl dan isteri sebelum dijemput illahi.

Bagi merealisasi harapan seorang ayah yang tidak berdaya ini Abang Raja telah melancarkan usaha untuk membina sebuah rumah 3 bilik untuk Abang Din sekeluarga.

Lawatan kami pada hari ini mendapati Abang Din juga turut bekerja membantu setakat kederat yang ada walau dinasihatkan oleh doktor supaya tidak melakukan kerja berat.

Sambil mengucapkan jutaan terima kasih dan menadah tangan bersyukur, Abang Din memberitahu beliau dan anak-anak begitu teruja dan tidak sabar-sabar lagi hendak duduk rumah baru mereka.

Kita sama-sama doakan agar pembinaan ini terus berjalan lancar.

Kita juga doakan semoga Abg Raja yang menerajui misi yang mulia ini terus diberi kesihatan yang baik dan kekal bertenaga untuk meneruskan gelombang kasih sayang ini.

Teruskanlah membeli saham akhirat masing-samauk program-program kemamusiaan thirdforce ini. PM ke inbox page ini untuk sama-sama membantu

Wallahualam.

“Jomm jadi orang baik2”
“Together We Are Stronger”

Hasmizul Hisham
3rd Force Aura Draja.
Wakaf Bharu.

Related Post

Leave us a reply

*

*