23 Julai 2017, pagi ini sukarelawan THIRDFORCE membawa wakil daripada syarikat insurans takaful Malaysia saudara Rizal untuk melawat Fariq di Kg Alor Pasir, Tanah Merah.

Keadaan Fariq sangat positif. Tidak lama lagi Fariq akan ke hospital Pakar Perdana sekali lagi untuk x-ray dan menukar balut pada kaki beliau.

Terdahulu, Abang Rizal hadir untuk menguruskan claim insurans kenderaan dan bil hospital fariq.

Abangraja sangat menitik beratkan hal keselamatan sukarelawan THIRDFORCE dimana beliau telah membuat keputusan untuk membeli insuran kepada kakitangan Golden Minds Consultant yg terlibat sebagai sukarelawan thirdforce.

Kita sedang merancang untuk memilih pakej terbaik daripada syarikat insurans takaful untuk diberikan kepada asnaf dan juga sukarelawan dibawa seliaan THIRDFORCE.

Oleh itu, mana-mana wakil insurans yang boleh menawarkan satu produk dan pakej takaful yang terbaik boleh inbok pada Facebook ini ok.

Terima kasih kepada Abang Rizal kerana tidak putus-putus memberi khidmat yang baik sepanjang menguruskan Fariq di hospital.

Jomm jadi orang baik baik

Laporan oleh Ramadan dan Ewan
Sukarelawan THIRDFORCE

Related Post

Leave us a reply

*

*