SEBELUM DAN SELEPAS : BANTUAN PERUBATAN MAGGOT DEBRIDEMENT THERAPY ASNAF MAKCIK NORIZAN

Alhamdulillah, baru lepas 2x maggot debridement therapy, kaki makcik norizan dah bertambah baik. Jauh baik drpd awal dahulu. Baru shj selesai sesi ketiga semalam. Ada baki 3 sesi lagi InsyaAllah.

Jari keempat pun tidak bertambah teruk. Berkat doa semua. Teruskan berdoa. Semoga cepat sembuh. Kesian anak kedua makcik norizan terpaksa cuti sekolah setiap kali hari temujanji, dua kali seminggu.

Terima kasih keluarga besar thirdforce yang terus menyumbang dan menyokong usaha kemanusiaan kita sehingga kita mampu sediakan perubatan percuma untuk asnaf. Sesungguhnya pahala dan saham akhirat berpanjangan untuk kalian.

Dr. Zurairie
Thirdforce Medical Team

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*