MEDICAL TEAM THIRDFORCE DILANCARKAN – SEBARKAN SEJAUH MUNGKIN AGAR LEBIH RAMAI DOKTOR DAN PARAMEDIC MENYERTAINYA DAN LEBIH RAMAI ASNAF DAPAT DIBANTU

27 Julai 2017 (Kota Bharu) – Hari ni bertempat di Klinik Primer Cherang berlangsungnya sambutan Aidilfitri serta Rumah Terbuka Klinik Primer Cherang yang turut menyaksikan Pelancaran Pasukan Perubatan Thirdforce (Thirdforce Medical Team).

Thirdforce menubuhkan unit perubatannya sendiri dengan matlamat utama untuk menawarkan perubatan percuma kepada golongan asnaf yang terpilih dan berdaftar dengan thirdforce melalui sumbangan awam. Klinik Primer Cherang yang menjadi pusat perubatan utama unit perubatan thirdforce ini di kendalikan oleh 2 orang doktor muda yang sangat positif dan komited dalam kerja-kerja kemanusiaan thirdforce iaitu Dr. Rahimie dan Dr. Safuan.

Pasukan Perubatan Thirdforce ini pula bakal diketuai oleh Dr Zurairie yang juga merupakan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (Kelantan) dan juga seorang doktor di Klinik Luka (Wound Clinic) HRPZ2.

Thirdforce merancang untuk mengembangkan Pasukan Perubatannya ini dengan penyertaan lebih ramai pengamal perubatan dan paramedic untuk bersama menawarkan kepakaran dan perkhidmatan masing-masing kepada fakir miskin atau mereka yang tidak berkemampuan.

Sehingga kini terdapat 4 buah klinik yang telah bersetuju dan bersedia menyertai Thirdforce Medical Team ini iaitu Klinik Dr. Hadi (Pasir Puteh / Jerteh), Klinik Perdana Kuala Krai, Klinik Hayda dan Kamal (Kota Bharu) serta Klinik Primer Cherang sebagai pusat pengurusan utama Medical Team Thirdforce. Selain dari doktor2 di hrpz2 dan husm, para doktor di kpj pakar perdana juga ada yg telah menyatakan kesediaan utk turut sama menyumbang kepakaran dan tenaga bersama thirdforce medical team ini.

Selain dari itu Thirdforce juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan rehabilitasi, fisioterapi dan juga ambulans percuma kepada golongan sasar tersebut yang mana sebahagian darinya telahpun beroperasi di klinik primer cherang.

“Kita mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan ambulans percuma ke seluruh negeri Kelantan dan memiliki ambulans di setiap daerah. Di samping itu juga, kita mengalu-alukan mereka yang memilki ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan samada doktor muda yang baru habis belajar dan belum mendapat kerja atau nurse dan para medic yang sukakan kerja-kerja kemanusiaan untuk menyertai Pasukan Perubatan ini… ” kata saudara Raja Shamri Pengasas Thirdforce.

Usaha ini dilihat dapat membantu meringankan beban golongan marhaen dalam mendapatkan perkhidmatan perubatan di samping merakyatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat terbawah.

Raja Shamri atau abangraja dalam ucapannya menyatakan bahawa medical team thirdforce tidak mustahil untuk dikembangkan keseluruh negara memandangkan thirdforce kini yang berkembang ke seluruh pelusuk tanah air dan sudah bertapak di 7 buah negara.

Sumbangan berterusan, sokongan dan perkongsian kepakaran serta ilmu dari keluarga besar thirdforce di luar sana kepada abangraja dan thirdforce bakal menjadikan usaha merebut saham akhirat ini satu realiti.

Abangraja sendiri melalui thirdforce pernah menyumbangkan bot laju beserta enjin 90hp kepada jabatan kesihatan negeri kelantan untuk memudahkan para pasukan perubatan mengangkut pesakit di pedalaman. Terkini abangraja meluluskan bantuan pembinaan surau di pusat perubatan sri medang besut terengganu bagi bersama2 menyediakan keluarga besar thirdforce peluang untuk merebut saham akhirat masing2.

Turut sama hadir pada hari ini adalah pelajar-pelajar dari pondok tahfiz dan juga asrama anak yatim dari lokasi berhampiran. Thirdforce menyampaikan sumbangan zakat perniagaan dan zakat pendapatan yang diamanahkan oleh keluarga besar thirdforce kepada anak-anak syurga ini yang di sampaikan oleh Saudara Raja Shamri.

Doakan abangraja dan sukarelawan thirdforce agar diberikan kekuatan serta petunjuk dan hidayah dalam memimpin usaha kemanusiaan ini. Doa dari kami untuk semua penyumbang yg sentiasa bersama abangraja dan thirdforce menyumbang sedikit sorang seikhlasnya agar Allah merahmati kita semua.

Semoga kita dapat berjiran di syurga nanti.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Safuan Salehan
Thirdforce HQ
Kota Bharu Kelantan.

Related Post

Leave us a reply

*

*