1 Ogos- hari ini diceritakan sebuah kisah Ali Bin Abi Talib semasa perang Uhud. Dimana, kaum Quraisy dipimpin oleh Khalid Bin Al walid dan Ikrimah bin Abi Jahal yang gagah perkasa, mengamuk bagaikan singa padang pasir yang kehausan darah. Waktu itu, rasulullah sudah terluka, Hamzah bapa saudaranya sudah dibantai oleh Wahsyi. Jantung pahlawan muslimin Hamzah bukan sahaja dikorek, malah diserahkan kepada pemimpinnya dan dikunyah mentah-mentah sebagai pelampiasan dendam lamanya.

Darah Ali bIn Abi Talib telah membasahi sekujur tubuhnya. Perisainya terlempar jauh. Pedang musuh menyambar-nyambar bagaikan kilat yang mengancam nyawanya.

Dalam suatu kesempatan, Ali berhasil menangkis lalu menghalang kaki panglima musyik hingga jatuh. Orang kafir itu terkejut, lantas Ali melompat ke arah badannya. Dicabutnya pisau dipinggang dan mengangkat tinggi siap untuk menghujamkan ke arah musuh yang sudah tidak berdaya.

Orang musyrik itu meludah dan terkena mata, hidung dan mulut Ali. Ali mengurungkan niatnya dan menurunkan pisaunya. Dia sangat marah dan jijik, ludah itu sangat busuk hampir membuatnya muntah.

Dalam keadaan darahnya bergolak panas kerana dihina dan direndahkan, Ali melemparkan pisaunya dan segera bangun lalu disuruhnya musuh itu pergi.

Orang musyrik itu menjadi hairan dan tercengang lantas bertanya mengapa Ali tidak membunuhnya dengan nada tidak percaya berbeza jika dia berada ditempat Ali . “Untuk membunuhmu boleh diselesaikan lain kali”, jawab ali.

Jika aku membunuhmu sekarang mungkin kerana marah sebab kau telah meludahi aku dan bukan kerana Allah untuk membela agamaku. Aku tidak mahu mengotori tangan dan perjuanganku dengan darah manusia kerana alasan hawa nafsu. Betapa besar kemarahanku kerana engkau telah meludahku tadi” jawab Ali kepada musuhnya tadi.

Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*