Update pembinaan “Villa Syurga Ayah” : Saham Akhirat Masih Terbuka Luas

Tarikh: 02 Ogos 2017
Lokasi: Kg Bunut Sarang Burung Tumpat, Kelantan.

Alhamdulillah pembinaan rumah Abg Din berjalan lancar. Ikat bata dah hampir siap.

Sebahagian frame tingkap sudah dipasang.

“Villa Syurga Ayah” ada lah nama bagi sebuah rumah kecil yang sedang dibina oleh 3rd Force untuk Abg Din, seorang ayah tidak berdaya yg mengalami berbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan masalah jantung.

Abg din sebelum ini berusaha membina sebuah pondok kecil untuk 4 orang anaknya dan isteri.
Anak bongsunya yang berusia 4 tahun juga mengalami masalah usus pendek dan telah 2 kali menjalani pembedahan.

Abe raja telah bersetuju untuk membantu bina rumah ini bagi merealisasikan impian seorang ayah yang mengidap pelbagai jenis penyakit yang menghadkan beliau untuk berkerja menyiapkan sebuah rumah untuk anak-anaknya.

Tok Ngah Din dan anak-anak kini begitu teruja untuk tinggal di rumah baru mereka.

Beliau dan anak-anak juga turut membantu tukang buat apa yang mampu walau pun telah mendapat nasihat doktor utk tidak melakukan kerja berat.

InsyaAllah, kita sama-sama mohon dari Allah agar impian ini segera menjadi kenyataan.

Wallahualam.

” We are the 3rd Force”
” Together we are stronger”

” Jommm jadi orang baik”.

Laporan:
Hasmizul Hisham
3rd Force Aura Draja Wakaf Bharu.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*