PELANCARAN THIRDFORCE SABAH: PENYATUAN GERAK KERJA DAN HATI ORANG BAIK-BAIK

4 Ogos 2017- Alhamdulillah tempat jam 9.30 malam sukarelawan THIRDFORCE HQ telah selamat sampai ke lapangan terbang Tawau. Team HQ The THIRDFORCE yang diketuai oleh pengasasnya, Raja Shamri Bin Raja Husin dan 8 lagi sukarelawan hadir ke Tawau bertujuan melancarkan THIRDFORCE disini bagi melebarkan lagi kerja-kerja kemanusiaan.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 12 jam disebabkan penerbangan secara transit. Kami disambut oleh sukarelawan THIRDFORCE Tawau dan dibawa ke tempat penginapan.

Terima kasih kepada sukarelawan THIRDFORCE di sini kerana bertungkus-lumus membuat persiapan menyambut kedatangan kami. Sampai sahaja tengok-tengok siap ada bakar ayam dan daging kambing..

Allahuakbar terharu nya…

Pagi ini kita akan melancarkan THIRDFORCE Sabah bersama PERKALAS dengan kehadiran wakil-wakil yg ada darinya datang dengan bas dan memandu sendiri dari seluruh pelusuk Sabah. Semuanya menjungjung aspirasi yg sama iatu mahu menyatakan kebersamaan dalam gelombang ini.

Kasih Sayang beribu batu

Tawau- Awal pagi tadi, bermula jam 7.00am Abangraja bersarapan di Homestay Iz Taman Semarak Megah Tawau bersama sukarelawan Thirdforce Sabah.

Pemilik Homestay ini Encik Izani bin Mat Yusuf berasal daripada Wakaf Bharu Kelantan. Bagi mereka yang ingin melancong atau mencari homestay di Tawau boleh hubungi Encik Izani yang juga merupakan sebahagian keluarga besar Thirdforce.

Hari ini, kita telah secara rasminya melancarkan Thirdforce Sabah. Turut hadir wakil-wakil Thirdforce seluruh daerah Sabah, ada yang datang dari Sandakan, Kudat, Samporna dan Lahad datu. Malah, mereka sanggup memandu dari jauh, datang dengan kapal terbang dab menaiki bas semata2 untuk turut serta meluangkan masa untuk menghadiri program hari ini.

Kesungguhan mereka yang sanggup datang dari jauh ini semata-mata untuk menyatakan kebersamaan dalam menyebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik. Abangraja dijemput memberi ucapan perasmian dan menjelaskan dengan lebih terperinci tujuan penubuhan gerakan kemanusiaan ini agar ia bergerak selari dengan Thirdforce negeri2 yang lain.

Selepas majlis pelancaran, abangraja dibawa melawat lokasi yang menempatkan mangsa kebakaran di kg.Hidayat dan kg Batu 2. Mangsa-mangsa di kg batu 2 jalan apas tawau ini telah ditempat di khemah lebih satu tahun semenjak kebakaran berlaku dan kesemuanya warganegara ada ic . Di kampung hidayat pula sudah sebulan lebih sudah mereka di bawah khemah.

Tidak dapat dinafikan lagi, usaha Thirdforce Sabah melalui PERKALAS ini sangat konsisten dalam membantu dan bekerjasama bersama agensi kerajaan dan PBT. Antaranya seperti menyediakan kelas al-Quran dan mengagihkan barang keperluan asas seperti beras, gula , susu dan lain- lain bagi mengurangkan beban golongan ini.

Pasukan gerakan Thirdforce Sabah ini diketuai oleh Cikgu Kahar Huseng yang akan berpusat di Tawau. Kewujudan Thirdforce Sabah ini bakal menjadikan usaha mengajak org jadi orang baik ini dapat disebarkan keseluruh pelusuk negeri.

Kepada warga Sabah, jom bersama-sama merebut saham akhirat masing-masing. Sebarkan gelombang mengajak orang jadi baik-baik. Sertai kami.

We are the thirdforce
Together we are stronger

Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce.

Related Post

Leave us a reply

*

*