Wakaf Bunut, Saya tidak dapat bayankan betapa banyaknya pahala yang dikutip oleh kalian semua yang menyumbang untuk pembelian van jenazah ini. Pada awal kita hendak beli dulu kita tidak bising dan war warkan sangat. Namun kalian semualah sikit seorang menyumbang dan akhirnya kita ada satu van jenazah yang di letakkan atas nama masjid kampung wakaf bunut iaitu masjid di kampung abangraja sendiri.

Bilal masjid yang juga seorang dari keluarga kurang berkemampuan diberikan tugas sebagai pemandu van jenazah ini selain dari sukarelawan thirdforce sendiri jadi pemandu tengok kepada kelapangan. Kalau tidak silap saya sudah lebih 20 jenazah dikendalikan oleh van jenazah ini rata-ratanya masyarakat yang tidak berkemampuan untuk sewa van jenazah hospital dan sebagainya.

Malam tadi Van Jenazah Thirdforce berkhidmat sekali lagi. Sukarelawan bukan sahaja mendapat pengalaman menguruskan penghantaran jenazah dari hospital ke rumah malah juga bawa jenazah dari rumah ke kubur. Proses mendidik hati yang Allah sediakan kepada sukarelawan thirdforce yang terlibat tiada tolak bandingnya. Iaitu pengalaman yang sangat berharga pastinya.

Terima kasih keluarga besar thirdforce kerana sentiasa menyokong program bantuan yang kita lancarkan. Sekarang kita tengah lancarkan program ambulans percuma. InsyaAllah jika Allah izinkan kita akan memiliki Ambulans untuk digunakan bagi tujuan logistik mereka yang memerlukan.

Saham akhirat berpanjangan untuk kita semua juga nanti.

Jommmm jadi orang baik-baik!

Related Post

Leave us a reply

*

*