Surau Kg Senakut baru merupakan salah satu sasaran PERKALAS @ the 3rd Force Sabah untuk membantu membuka kelas mengaji Al Quran kepada penduduk di kampung ini.

Fokus kami ialah pendidikan asas Al Quran kepada kanak-kanak atau orang dewasa. Pembukaan kelas ini akan menghasilkan celik Al Quran di kampung ini.

Difahamkan melalui penelitian koordinator PERKALAS Lahad Datu, penduduk kampung ini sangat terkebelakang dalam ilmu asas membaca Al Quran,

Besar harapan kami agar seluruh masyarakat di Sabah membantu merealisasikan program ini.

Antara keperluan yang akan disediakan oleh PERKALAS diperingkat awal untuk menjayakan program kelas asas mengaji Al Quran ini ialah :

1. Papan putih
2. rehal (50)
3. Muqaddam @ iqra (50)
4. Tikar
5. pemadam papan putih & alat tulis.

Alhamdulillah sukarelawan untuk mengajar di kelas ini telah kita sediakan dalam kalangan sukarelawan PERKALAS@3rd force Sabah.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung di no 01119560583 (Kahar)

Jom jadi orang baik-baik !!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Kahar Huseng
Thirdforce Sabah
Lahad Datu
Sabah.

Related Post

Leave us a reply

*

*