Rantau Panjang- Hari ni 3/9/2017 sekali lagi adik afza perlu ke hospital Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2) .Perginya kali ini adalah untuk memotong kakinya Hari ini merupakan hari raya korban yang ketiga bagi umat islam di seluruh dunia. Afza juga perlu lakukan pngorbanan untuk meneruskan kehidupan dengan memotong kakinya di paras paha. Kanser tulang yang dialaminya semakin mengganas.

Berbagai usaha telah dilakukan oleh doktor. Kimoterapi sudah, membuang tulang dan diganti dengan besi pun telah dilakukan tetepi itu semua tidak nampak yang Afza akan sembuh. Kesakitan demi kesakitan terpaksa Afza lalui. Dalam sebulan hanya beberapa hari saja berada dirumah, selebihnya terpaksa berada dihospital. Hospital telah menjadi rumah keduanya.

Tempat yang dimasukan besi telah menjadi takungan nanah dan sangat berbahaya. Kaki Afza akan dipotong pada 5/9/2017 di HRPZ2. Inilah pengorbanan yang Afza lakukan untuk meneruskan kehidupan. Keluarga besar Tthirdforce datanglah bantu anak yang tabah ini. Saksikanlah bagaimana anak ini berjuang dengan takdirnya ditemani si ibu dan keluarga Thirdforce tanpa seorang ayah. Para doktor dan kakitangan hospital bantulah anak dari keluarga miskin ini.

Ini hari raya terakhir Afza beraya dengan sepasang kaki ,selepas ini tiada lagi semua ini. Kita sangat bernasib baik kerana adanya Thirdforce Medical Team Red Ambulance. Sebelum ini keadaan sangat sukar untuk Afza kehospital meraung raung menahan sakit setiap kali diusung ke kereta kecil yang dipinjam jiran.

Kini semenjak abangraja lancarkan pasukan perubatan thirdforce, setiap kali hendak ke hospital akan dibantu oleh pasukan team medik thirdforce RedAmbulance namun Afza tetap menangis dan meraung kerana tak mampu menahan kesakitanya itu ditambah sakitnya semakin teruk.

nasib baik ada medical team thirdforce dan red ambulans. Kalianlah yang menyumbang sehingga kita mampu lakukan ini semua. Terima kasih sangat-sangat. Hari ni kita tengok mulut Afza tidak pernah berhenti dengan istifar dan kita thirdforce yang berada disisi hanya mampu mengesat air mata yang mengalir.

Bagaimanalah perasaan seorang ibu yang bakal melihat kaki anaknya dipotong paras peha. Siibu yang kerja sebagai pembantu kedai hanya berpendapatan sekitar RM500 sebulan berdasarkan berapa hari bekerja. Bila banyak kali ke hospital hantar Afza maka pendapatan berkurangan. Tinggal pula dirumah kayu yang disewa.

Tidak dapat kami bayangkan perasaan seorang ibu itu , apatah lagi Afza tuan empunya diri. Ibunya seorang ibu tunggal dengan empat orang anak. Afza merupakan anak sulung dan 3 adiknya masih kecil dan perlu ke sekolah. Afza perlukan sokongan kita semua. Sama -samalah kita keluarga besar thridforce berdoa agar segala yang akan Afza lalui dipermudahan oleh Allah SWT.

Kita juga mengharapkan pembedahan yang akan dilakukan ini berjaya dengan jayanya. Afza dijadualkan melalui pembedahan potong kaki 5hb ini di HRPZ2. Bantulah Datanglah bersama abangraja dan thirdforce.

Sebarkanlah mesej ini kepada semua pegawai perubatan dan kakitangan HRPZ2 yang kalian kenal. Kita kan satu keluarga orang baik-baik. Lagi ramai yang doakan insyaAllah lagi ringan beban yang ditanggung.

Sedekahkanlah al fatihah atau apa saja doa untuk anak ini kerana itulah kasih sayang kita untuknya. Sesungguhnya doa itu boleh ubah takdir.

Jom jadi orang baik-baik
Thirdforce Rantau Panjang
K mah 0129492923

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*