PERKALAS @THE 3rd FORCE SABAH

Tarikh : 6/9/2017
Jam : 3.00 pm -10.00 pm

Alhamdulillah PERKALAS @ 3rd Force Sabah sekali lagi diberi peluang oleh tuhan untuk berbagi dan berkongsi rezeki kepada 335 orang mangsa kebakaran di kampung ice box hujung.

Pilu hati melihat wajah-wajah mangsa kebakaran ini. Tidur mereka tidak cukup, pakaian tak berganti, makan dan minum tidak selera mungkin memikirkan nasib yang menimpa mereka. Ini antara yang terlihat jika kita turun padang mendekati mereka.

Kami menggunakan kaedah tanpa protokol dan tiada karena birokrasi di dalam stuasi menghulurkan bantuan terus kepada mangsa sangat-sangat berkesan untuk mengurangkan bebanan mangsa musibah kebakaran.

Barang-barang bantuan terus sampai kepada mangsa dan boleh terus digunakan oleh mereka. Ingat mereka masih trauma, terkejut, sedih dan emosi tidak stabil jadi elok kiranya sentiasa mempermudahkan urusan penyaluran bantuan .

Pada hari ini kita telah mengedarkan beberapa item untuk kegunaan asas para mangsa. Antaranya ialah :

1) Baju Melayu (pakaian solat)
2. Baju kurung
3) Baju & seluar orang dewasa @ kanak-kanak.
4) Seragam sekolah.
6) Baldi
7) Gayung
8) Sabun mandi
9) Sabun cuci
10) Berus gigi
11) Ubat gigi
12)Syampo

Kami berbesar hati mengajak rakan-rakan NGO, orang ramai, para peniaga untuk turut bersama turun padang membantu masyarakat yang terkena musibah kebakaran.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sentiasa menyokong program PERKALAS @ 3rd Force. Kebersatuan kita dalam misi kemanusiaan ini in sya Allah semoga menjadi saham akhirat kita masing-masing.

Together we are stronger !!!!

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*