11 September 2017 – Hari ini Thirdforce dihubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh yang memerlukan khidmat tenaga sukarelawan Thirdforce di dalam sama-sama bergotong-royong bagi membersihkan satu bangunan kecil yang akan di jadikan sebagai satu pusat aktiviti kanak-kanak disini.

Program ini bermula dari jam 9 pagi sehinggalah selesai semuanya. Antara aktiviti yang dilakukan hari ini ialah memotong rumput di sekitar halaman bangunan, membuang dan membakar sampah, menyapu bahagian dalam dan membersihkan longkang.

Menurut maklumat dari salah seorang pegawai JKM mengenai asal bangunan ini beliau menyatakan bahawa bangunan ini asalnya dahulu quaters veterinar. Ianya akan di jadikan satu pusat aktiviti kanak-kanak yang akan di kendalikan di bawah program JKM Pasir Puteh. Ini bagi mengisi masa kanak-kanak di waktu petang selepas habis belajar di sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat khususnya aktiviti kerohanian.

Thirdforce dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa bekerjasama sejak dulu dalam program kebajikan dan kemanusian. Bukan sahaja di dalam mengendalikan program bantuan banjir malahan juga bantuan untuk asnaf-asnaf yang miskin dan memerlukan.

Terima kasih dan syabas kepada semua para sukarelawan thirdforce dan kakitangan JKM Pasir Puteh yang terlibat di dalam menjayakan program gotong-royong pada hari ini.

Ianya adalah sebahagian dari penterjemahan aspirasi pengasas thirdforce iaitu abangraja agar kita sentiasa bergerak seiring dengan agensi-agensi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Laporan Junaidi
Sukarelawan Thirdforce
11/09/2017

Related Post

Leave us a reply

*

*