Program Latihan HERO KAMPUNG SIRI 5 (Community Based Training) yang berakhir semalam meliputi latihan menyelamat di air, pengendalian bot, cara menggunakan alat pemadam api dan sebagainya.

Latihan seperti ini sangat penting dan bermanfaat kepada orang awam dan sukarelawan terutama mereka yg selalu berada di lokasi musibah bagi mengurangkan risiko kemalangan dsbg.

Seramai lebih 150 sukarelawan thirdforce dari seluruh negara dan anggota APM serta orang awam yang menyertai program ini. Pengasas thirdforce saudara Raja Shamri memberitahu bahawa bilangan penyertaan pada tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun lepas dan ianya adalah manifestasi kepada kesedaran orang awam tentang peri pentingnya untuk memiliki kemahiran tersebut.

Menurut Raja Shamri kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan dengan penglibatan orang awam ini sekaligus membantu kerajaan dan negara dalam bersama berusaha membina masyarakat yang saling bantu membantu bila berlaku musibah.

Thirdforce sudah anjurkan 5 siri latihan seperti ini sejak penubuhannya pada 2015 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk APM.

Semoga Allah redhai setiap pengorbanan kita untuk
membina negara ini dengan sikap prihatin sesama kita denga penuh
kasih sayang.

InsyaAllah.

Terima kasih APM.
Tahniah kepada semua peserta

Related Post

Leave us a reply

*

*