“ADIK-ADIK NI SOLAT SUBUH TAK PAGI TADI? HAAAA…TERBABAS YA. OLEH SEBAB ITU SEMUA KENA BUAT AMALI SOLAT BERJEMAAH LAH” 😁

17 SEPTEMBER 2017, AHAD, KG WAI – Hari ini seramai 23 sukarelawan telah menganjurkan Program Perkongsian Amali Pergerakan Solat di 5 buah rumah asnaf di kawasan Kg Wai.

3rdForce Perlis dan rakan kongsinya, PPK Sistem Elektrik UniMAP telah menerima jemputan dari sukarelawan dari penuntut Universiti Al-Azhar, Jordan dan Alumni UPSI bagi menganjurkan program amal ini yang bertujuan sebagai jihad dalam menyampaikan ilmu yang benar kepada masyarakat setempat.

Oleh itu, seramai 17 orang pelajar UniMAP dan 5 orang warga Universiti Al Azhar serta UPSI telah menyertai program ini. Pelajar UniMAP telah mengetuai lawatan ke rumah-rumah asnaf ini bagi memulakan bicara dan menyampaikan sumbangan barangan mandian kebersihan diri dari 3rdForce Perlis seperti syampu, sabun mandi, ubat gigi dan berus gigi. Sukarelawan dari Universiti Al Azhar juga menyampaikan sumbangan berupa sejadah, kopiah, kain sembahyang dan juga Al quran kepada setiap keluarga asnaf di sini.

Sukarelawan dari UniMAP dan Universiti Al Azhar serta UPSI ini memulakan program dengan memahami dahulu pengertian wudhuk dan solat bagi setiap orang asnaf yang terlibat tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Dan kemudiannya ia dilanjutkan dengan perkongsian tentang cara-cara berwudhuk dan pergerakan solat yang betul oleh sukarelawan secara teori dan juga amali. Tahniah diucapkan kepada setiap asnaf kerana telah memberikan kerjasama dan sudi turut serta melaksanakan tutorial berwudhuk dan solat berjemaah bersama-sama.

Alhamdulillah program ini berjalan lancar dan semoga dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Ayu sebagai wakil dari kumpulan Universiti Al Azhar dan UPSI kerana sudi menjemput 3rdFPs dan UniMAP bagi mengetuai program ini.

Related Post

Leave us a reply

*

*