Rabu | 20 September 2017 – Hari ini, tujuh orang sukarelawan Thirdforce ke Menara TKS di Segambut untuk mengambil pampers dan bawa balik untuk diagihkan kepada asnaf untuk meringankan beban mereka.

Sukarelawan bermandi peluh hari ini untuk memindahkan pampers yang berada di tingkat 5 kedalam lori dan dibawa balik ke kelantan.

Sukarelawan yang hadir hari ini rata-ratanya dari Kelantan dan ada diantara mereka yang berumur 50 keatas iaitu Ayah Ngah dan Abang Nasir. Walaupun sudah berusia, tapi semangat yang ditinjukkan oleh mereka setanding dengan sukarelawan yang masih muda.

Terima kasih kepada penyumbang, Encik Asmadi diatas sumbangan pampers pada hari ini.

Semoga usaha ini akan menyuntik semangat suka membantu dalam masyarakat danditerima oleh Allah hendaknya.

Disediakan oleh
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*