Assalamualaikum wbt/Salam Perpaduan

No Rujukan: 2017/034
Nama Penuh : Nurjannah bt Hairuddin
No KP : 030829050358
Status : OKU/ Anak ke 4 dr 5 org
Alamat: Kg Kuala Lukut Chuah
Nama Ibu : Zalina bt Zolkefli
No KP :760109055198
Bantuan Yg Pernah Diterima :
1. JKM Sbn( Bantuan tidak diterima sejak tinggal di Port Dickson)

Bantuan Yg Diperlukan:
1. Katil beserta tilam/bantal/selimut
2. Bekalan brgn dapur
3. Pampers XL
4. Susu Tepung
5. Pkaian baru atau terpakai
6. Bantuan mmbaiki atap bocor dan dinding yg terkopak.
7. Bantuan pendawaian letrik
8.Tilam getah
9. Brgn perubatan
10. Doa dan kasih syg anda.

Maklumat Kes :
3rdForce PD telah hadir ke rumah neneknya Pn Norlia Madjid pada 16 Sept ketika mnghantar katil khas untuk neneknya yang terlantar menghidapi stroke. Pihak kami menjumpainya di sebuah bilik di rumah tersebut . Hanya berlapikkan tilam dan tikar usang.

Mngikut maklumat yang diperolehi , sebelum ini ibunya Pn Zalina dan Nurjannah tinggal bersama mertua di Kg Larong, Jelebu setelah berkahwin kali kedua. Bapa kepada Nurjannah telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Sungguhpun pun begitu, akibat beberapa masalah yang tidak dapat dinyatakan di sini, mereka berpindah semula ke rumah keluarganya di Kg Kuala Lukut , Chuah pada Jun 2017. Turut tinggal bersama adalah abang Nurjannah, adik ke 5 Pn Zalina dan neneknya yang terlantar sakit stroke.

Ibu Nurjannah tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan di samping terpaksa menjaga Nurjannah di rumah. Pendapatan harian mereka datangnya dari abang Nurjannah dan adik Pn Zalina yang bekerja sebagai nelayan. Pendapatan mereka tidak menentu dan hanya cukup makan shja. Cukup atau tidak mereka terpaksa harungi. Makanlah apa yang ada. Adik beradik yang lain tinggal dengan saudara mara mereka.

Dengan atap yang bocor, dinding yang kopak sana sini , hidup mereka sering kali bermasalah bila hujan dan dilanda ribut. Sementalahan pula rumah mereka berdekatan dengan laut. Bayangkanlah jika hujan dan ribut . Bocor hingga air hujan melimpahi ruang rumah. Sejuk hingga ketulang. Bayangkanlah…

Pihak 3rdForce PD akan memanjangkan kes ini kepada agensi berkaitan untuk tindakan bersama. Selain itu, kami juga akan menghantar barang dapur dengan kadar SEGERA. Kami juga berusaha mengadakan gotong royong bersama sahabat-sahabat lain untuk membaiki atap rumah yang bocor dan dinding rumah mereka.

Jika anda ingin membantu mereka,, hubungi saya di talian 0172358190 dan wakil keluarga mereka En Azmi Zainudin di talian 0104268614 Jom rebut saham.akhirat . Jangan tunggu lagi sahabat.

Related Post

Leave us a reply

*

*