PERKALAS @THE 3rd Force Sabah

Tarikh : 22/9/2017 (Jumaat)
Lokasi : Pusat tahfiz dan fardhu ain Al Islamiah Kampung Sungai Buaya, Batu 3, Tawau, Sabah.

“”Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji””.
(Al-Baqara – 267)

Alhamdulillah pagi Jumaat tadi team PERKALAS@3rd Force Sabah berkesempatan datang melihat sendiri kerja-kerja pembinaan pusat tahfiz seperti nama di atas.

Saat ini surau di kampung tersebut menjadi kelas sementara bagi menunggu bangunan kelas tahfiz mereka siap.

Ada lebih kurang 200 orang kanak-kanak dan kaum ibu serta remaja yang akan menerima manfaat dengan pembinaan pusat tahfiz dan fardhu ain ini.

Antara keperluan yang boleh kita bantu untuk mengambil saham akhirat kita masing-masing ialah :
1) Naskah Al Quran
2) Buku Iqra
3) Buku latihan (ramai anak-anak di sini tidak bersekolah formal)
4. Alat tulis (pen, pensel, warna)
5) Bahan kayu untuk membaik pulih jembatan yang uzur.

Keperluan sukarelawan juga untuk mengajar kemahiran 3M (mengira, menulis, membaca) sangat di perlukan

Semoga dengan usaha kita semua bersama-sama membantu mengikut kemampuan kita masing-masing mempercepatkan pusat tahfiz dan fardhu ain ini siap dibina untuk kemudahan penduduk terutama anak-anak di kawasan tersebut.

Together we are stronger !!!!

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*