TERIMA KASIH KELUARGA BESAR THIRDFORCE : KASIH SAYANG KALIAN TAK TERBALAS – MEDICAL TEAM THIRDFORCE MULA BERFUNGSI!

25 Sept 2017 – Rantau Panjang. Kita sedia maklum Afza yang merupakan pesakit kenser tulang telah mengunakan kemudahan perkhidmatan team perubatan (Medical Team Thirdforce) melalui RedAmbulance sejak bulan july 2017 yang lalu.

Setelah selesai menjalani pembedahan membuang tulang yang diserang kenser dan dimasukkan besi Afza mengalami masalah tidak dapat bergerak dan kesakitan semasa hendak ke hospital untuk menerima rawatan. Ini disebabkan berlakunya serangan kuman dan bahagian yang dimasukkan besi menggantikan kepala lutut bernanah teruk. Afza jadi demam yang kritikal dan meraung kesakitan hingga akhirnya doktor membuat keputusan untuk memotong kaki yang kena kanser tu.

Abangraja disebalik kesibukan beliau dan kami sukarelawan TF thirdforce sentiasa menemani anak yang tabah ini berada disisi untuk memberikannya semangat dan kata2 positif.

Dalam seminggu sebanyak tiga atau empat kali Afza terpaksa berulang alik ke hospital. Sebelum ini bayangkanlah ibu Afza, seorang ibu tunggal terpaksa menyewa kereta atau mendapatkan bantuan kenderaan jiran utk bawa Afza ke hospital.

Luluh hati melihat anak ini meraung diusung oleh kami yang semuanya perempuan menuruni anak tangga rumah sewa kayu ibu afza utk angkat Afza masuk kereta viva yang kecik.

Alhamdulillah .. bila abangraja lancarkan Medical Team Thirdfdorce dengan kerjasama Red Ambulans kita tidak lagi begitu “penat dan hancur luluh hati” utk bawa Afza ke hospital. Tuan-tuan yang menyumbang telah berikan kami kekuatan dan semangat untuk terus membantu Afza.

Dengan adanya Medical Team Thirdforce bersama Red Ambulance masalah kesakitan dan kepayahan ke hospital sedikit sebanyak telah dapat diatasi. Kami percaya bukan Afza seorang sahaja yang boleh dapat manfaat malah beribu lagi orang miskin senasib dengannya boleh dapat manfaat melalui Medical Team Thirdforce yang abangraja lancarkan tersebut.

InsyaAllah …

Dari bulan july hingga akhir bulan ogos adik Afza mengunakan perhidmatan Red Ambulance yang dibiayai dari sumbangan kalian semua. Kita tidak dapat bayangkan jika Afza tidak dapat mengunakan perkhidmatan Red Ambulance ini.

Pada pertengahan bulan ogos kaki Afza telah dipotong paras paha. Betapa tabahnya anak ini dari ada sepasang kaki kini hanya tinggal satu sahaja. Selepas kakinya dipotong perkhidmatan Red Ambulance masih diperlukan untuk ke hospital bagi mendapat rawatan susulan.

Jom kita sama2 membantu meringankan beban Afza dan ramai lagi diluar sana yang memerlukan bantuan medical team thirdforce. Abangraja juga merancang untuk membeli ambulans thirdforce sendiri sedikit masa lagi untuk mengembangkan Medical Team Thirdforce ini.

PM ke inbox facebook abangraja ini untuk detail bagaimana boleh kita sama-sama membantu.

Semoga Allah rahmati kalian semua yang sentiasa bersama kami menyumbang sedikit sebanyak , doa dan kasih sayang dalam kita sama-sama sebarkan gelombang untuk mengajak orang ramai jadi orang baik-baik ini.

Dari,
Kak Mah
Thirdforce Rantau Panjang
0129492923

Related Post

Leave us a reply

*

*