29 September 2017 Pasir Puteh: Hari ini kita berasa sangat bertuah dikunjungi oleh sekitar 20 orang STAROBA iaitu bekas pelajar batch pertama daripada Sekolah Tengku Abdul Rahman Ipoh. Rata-ratanya berusia sekitar 70 tahun lebih. Antara yang hadir ialah Yang Arif Hj Yussof Ahmad, abu Samah M Amin, Dato’ Prof Ghazali Othman dan prof Zakaria Ismail serta ramai lagi.

Mereka hadir ke Bilik Gerakan dan pusat Latihan the 3rd Force di Pasir Puteh Kelantan untuk menyatakan kebersamaan mereka dalam kerja-kerja amal kita.

Thirdforce sangat berbesar hati menerima mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar Thirdforce dan mengalu-alukan kerjasama yang berpanjangan daripada ayahanda-ayahanda kami ini dalam memberi pandangan dan nasihat supaya gerakan kemanusiaan ini lebih berkembang maju dan ramai yang dapat dibantu.

Kehadiran ayahnda yang merupakan pelajar batch pertama STAR IPOH ini adalah satu pengiktirafan besar bagi kami sukarelawan yg rata2 dari keluarga miskin, anak orang kampung biasa yang memperjuangkan nasib marhaeh. Kebersamaan ayahnda2 STAROBA bersama thirdforce adalah semangat bagi kami.

Sepanjang tahun Thirdforce menerima kunjungan daripada pelbagai NGO, koperat dan agensi-agensi kerajaan. Usaha ini antara usaha Thirdforce membudayakan Kerja-kerja kesukarelaan dan mengajak orang ramai untuk sama-sama menyertai kita mengajak oramg ramai jom jadi orang baik-baik.

Kunjungan seperti ini sangatlah bermakna dan memberi semangat kepada adik-adik sukarelawan sepenuh masa menginfakkan usia muda meraka untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Terima kasih tidak terhingga Thirdforce ucapkan kepada ayahanda2 STAROBA. Semoga hubungan ini terus berkekalan sampai bila-bila.

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*