02 OKTOBER, Temerloh, hari ini seramai 6 orang sukarelawan Thirdforce dari Pasir Puteh mula bertolak ke Kuala Lumpur untuk mengambil untuk urusan mengambil barang-barang yang diinfaqkan oleh warga kl bagi tujuan di agihkan kepada asnaf dan juga program kemanusiaan kita.

Semasa dalam perjalanan dari Kelantan ke KL, sukarelawan kita sempat singgah di Exit Temerloh untuk bertemu dengan salah seorang keluarga besar thirdforce untuk menyumbang pakaian-pakauian baru bagi diagihkan kepada fakir miskin.

Kita telah dihubungi oleh Puan Rafidah sebelum ini beberapa kali tentang hasrat beliau untuk turut sama menghulurkan bantuan …

Syukur alhamdulillah, dan terima kasih kepada Puan Rafidah sekeluarga. Pakaian yang diterima juga masih baru dan telah disusun dengan baik. Ini akan memudahkan lagi sukarelawan kita untuk mengagihkannya kepada asnaf nanti.

Masih teringat sewaktu banjir 2014 dulu ada yang hantar pakaian terpakai yang basah dlm plastik hitam seolah baru keluar mesin basuh, ada yg hantar baju disko … seksi habis … ada yg hantar pakaian yang bedebu, kotor dan seperti sampah. Sukarelawan yg menyaksikan perkara ini pasti takkan lupa sampsai bila-bila.

Tapi Puan Rafidah adalah keluarga besar thirdforce keluarga orang baik-baik. Semua pakaian yg diterima hari ni telah disusun rapi … alhandulillahhh

Terima kasih juga kepada smua penyumbang yang telah bersama-sama menyokong usaha kita ini selama ini dalam usaha menyebarkan gelombang mengajak orang jadi baik-baik.

Sama-sama kita membeli saham akhirat masing-masing dan membantu setakat yang termampu ya … Lori thirdforce akan berada di KL esok. ada apa2 boleh call Safuan 013-9617103

#jomjadiorangbaikbaik
#wearethethirdforce
#Togetherwearestronger

Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*