2 Oktober 2107, TOK KAMIS- hari ini 3 orang sukarelawan thirdforce telah pergi ke rumah Saddam untuk membantu memindahkan barang-barang ke rumah baru.

Saddam yang terlibat dengan kemalangan sewaktu di tempat kerjanya di Kuala Lumpur telah membawa beliau ke hospital yang akhirnya doktor mengesahkan beliau mengidap kanser tulang belakang dan masalah saraf yang menyebabkannya lumpuh paras pinggang ke bawah..

Saddam memohon babntuan kita untuk sama-sama membantu beliau berpindah dari rumah sewa lama ke rumah kakaknya tidak jauh dari tempat itu.

Beliau menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebelum namun ia hanya cukup untuk membeli Pampers nya sahaja.

Sebelum pulang, sukarelawan sempat memberi kata-kata semangat dan sedikit nasihat supaya Saddam sentiasa jaga solat dan bersabar dengan ujian Allah ini … “Bila mana kita menjaga hubungan dengan Allah, pasti Allah akan mencukupkan keperluan kita”.

Terima kasih kepada semua yang membantu Saddam. Baru-baru ini ada yang infaqkan pampers untuk Saddam. Semoga Saddam diberi kesihatan yang baik dan kembali pulih.

Laporan oleh Adi
Sukarelawan Thirdforce
Kg Tok Kamis.

Related Post

Leave us a reply

*

*