SELASA | 3 Oktober 2017 – Hari ini, sekali lagi sukarelawan dari Pasir Puteh ke Menara TKSS di jalan Segambut untuk mengambil Pempers yang disumbangkan kepada Thirdforce.

Lapan orang sukarelawan Thirdforce termasuk dua orang yang menetap di kawasan berdekatan iaitu Marwan dan Wan Sahidallah, turut sama membantu dalam proses mengangkat pampers hari ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar hasil bantuan dari semua pihak termasuk penyumbang En Asmadi dan rakan-rakan.

Jutaan terima kasih juga dari kami kepada pengurusan Menara TKSS terutama Pengawal Keselamatan yang memberi kebenaran untuk kami menggunakan sepenuhnya salah satu lif di bangunan tersebut. Ini mencepatkan lagi proses memindahkan pampers dari tempat penyimpanan yang berada di tingkat 5 kedalam lori sebelum dibawa balik ke Pasir Puteh.

Semoga usaha yang dilakukan hari ini dapat menyuntik semangat suka membantu dalam kalangan masyarakat di negara kita dan diterima oleh Allah hendaknya.

#jomjadiorangbaikbaik
#wearethethirdforce
#togatherwearestronger

Laporan disediakan oleh
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*