Alhamdulillah pembinaan rumah ini telah sampai pada peringkat yang terakhir. Rumah kecil 3 bilik ini adalah rumah yang dibina oleh kita semua untuk Tokngoh Din dan keluarganya.

Beliau adalah seorang buruh kasar yang mempunyai bermacam jenis masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung. Beliau kini dinasihat oleh doktor supaya tidak melakukan kerja-kerja berat.

Beliau mempunyai 4 orang anak yang berusia 4 hingga 16 tahun yang salah seorang daripadanya mempunyai masalah kependekan usus.

Beliau dan anak-anak serta mertuanya sekarang ini sedang menumpang keluarga tirinya di Kg Palekbang.

Dengan berbagai penyakit yang dialami beliau bagaikan dapat merasa yang tempoh hidupnya tidak akan lama. Dengan itu beliau berazam sebelum terjadi sebarang kemungkinan pada dirinya beliau ingin membina sebuah rumah kecil untuk anak-anak dan isterinya.

Dengan kederat yang ada dan kewangan yang yang sangat terbatas Tokngoh Din telah cuba membina rumahnya dengan bahan binaan terpakai yang di sedekahkan dan dikutip disekitar kawasan kampung.
Setelah lebih 2 tahun usahanya ini tidak nampak seperti akan berjaya.

Di penghujung bulan puasa yang lalu Abang Raja (pengasas The 3rd Force) telah melancarkan pembinaan sebuah rumah kecil untuk Tokngoh Din dan keluarga.

Abang Raja telah mengajak tuan puan untuk sama2 datang membantu. Alhamdulillah dengan sokongan tuan puan semua pembinaan telah sampai ke peringkat adanya sekarang.

Biar kepayahan ini sama-sama kita pikul, insyaAllah.

Saham akhirat masih terbuka untuk kita semua. PM inbox facebook page ini untuk detail bagaimana kita boleh sama-sama membantu.

Kita bertadah tangan memohon dari Allah semoga impian seorang ayah yang tidak berdaya ini menjadi kenyataan.

Wallahualam

“Jomm..jadi orang baik-baik”

Ayahngah
Sukarelawan The ThirdForce
4 Oktober 2017

Related Post

Leave us a reply

*

*