petang tadi sebelum keluar bermain bola di Padang Awam Selising, sempat meluangkan masa menonton VCD Travelog Umrah dan Ziarah bersama Abang Raja. Subhanallah sangat baik dan banyak ilmu yang dipelajari

Video selama 45 Minit ini memberikan penerangan tentang persiapan dan langkah-langkah menunaikan Umrah. Bermula dengan menghadiri kursus Umrah, dokumentasi sehinggalah pulang kembali ke tanah air.

Segala maklumat yang disampaikan dalam VCD ini amat berguna. Apa yang menarik ialah bagaimana Abangraja yang cacat dapat menunaikan Umrah dengan penuh cekal. segala kelengkapan kepada orang Kelainan Upaya (OKU) pihak Arab Saudi telah sediakan.

Oleh itu, kepada yang diluar sana yang akan membawa keluarga yang OKU, jangan bimbang ok.

Saya masih ingat pesan Abangraja. ” yang mempermudahkan segala urusan kita untuk ke Mekah dari bermula mempersiapkan diri sehingga sampai ke sana bukan kerana Kita, tetapi Ehsan Allah”. Ada yang tak sempat pun sampai ke sana, kat airport dah pengsan.

Doakan saya dan keluarga satu hari nanti sampai ke sana ok.

Laporan disediakan oleh Ramadan
Sukarelawan thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*