Tumpat, 11 Oktober 2017- Alhamdulillah, semua kerja-kerja mengecat telah siap sepenuhnya. Hari ini sukarelawan thirdforce mengembeling tenaga bersama-sama untuk menyiapkan kerja mengecat di rumah Tok Ngah Din di kg. Bunut sarang burung.

Berbekalkan semangat kesukarelawan yang tinggi, sukarelawan kita berulang alik sejauh 60 km sehari ke Tumpat untuk membantu menyiapkan rumah ini.

Mereka semua adalah graduan lepasan Universiti yang menginfak masa muda bersama Abangraja untuk membantu asnaf dan membentuk rakyat Malaysia supaya jom sama-sama jadi orang baik baik.

Hari ini juga, kerja pertukangan sudah hampir siap. Tukang kita sedang membuat laluan khas untuk ibu Tok Ngoh Din yang menggunakan kerusi roda.

Kita tidak dapat bayangkan betapa banyaknya saham akhirat yang mengalir untuk kalian semua yang sentiasa menyumbang untuk program kemanusiaan thirdforce apabila asnaf ini tinggal disini nanti.

Terima kasih rakyat Malaysia yang menyumbang, sukarelawan thirdforce, tukang rumah yang bina rumah Tok ngah din dan semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Jomm jadi orang baik baik

Laporan oleh Zulkifliy
Sukarelawan thirdforce
Kg Bunut Sarang Burung, Tumpat

Related Post

Leave us a reply

*

*