12 Oktober, Pasir Puteh – Bilik Gerakan 3rd Force, bangunan berwarna oren berhadapan Bulatan Jalan Bypass Pasir Puteh mula beroperasi sejak 2014 lagi. Pada permulaanya ia digunakan sebagai pusat pengumpulan barang bantuan banjir.

Bangunan dua tingkat ini juga turut di gunakan sebagai tempat tidur dan istirehat bagi para sukarelawan. Sewa bangunan ini telah di taja sepenuhnya oleh dermawan yang mana tidak mahu namanya di siarkan.

Setelah 3 tahun 3rd Force ini beroperasi, kegunaan bangunan 3rd Force juga telah berubah.Barang bantuan tidak lagi dihantar dalam kuantiti yang banyak sepertimana ketika mula-mula banjir dulu.

Bahagian tingkat bawah telah di ubahsuai sepenuhnya menjadi bilik seminar, bilamana kursus-kursus yang diadakan untuk para sukarelawan dan orang ramai boleh dijalankan di bilik tersebut tanpa perlu menyewa di tempat lain.

bilik latihan inidapat muat seramai 35 orang dalam satu masa

Selain daripada itu, perjumpaan atau sesi taklimat juga boleh dijalankan di bilik seminar 3rd Force. Bahagian atas masih dalam perancangan untuk dijadikan tempat mengaji Qur’ an percuma atau kelas memanah.

Tingkat atas masih lagi digunakan sebagai tempat transit atau berehat bagi sukarelawan yang datang luar dari Kelantan terutamanya sukarelawan lelaki. Kebiasaanya sukarelawan perempuan akan tidur di Hotel Azimah yang bertentangan dengan Bilik Gerakan 3rd Force.

Alhamdulillah pada 16/10/2017 ini akan diadakan sekali lagi Kursus Penulisan dan Fotografi bagi sukarelawan dan juga orang luar. Kursus tersebut adalah percuma untuk kita semua. Semua dijemput hadir untuk kita sama-sama menunutut ilmu.

Bagi yang ingin mendapatkan pampers orang dewasa, kita masih membuka kedai menjual pampers orang dewasa betul-betul di hadapan Bilik Gerakan 3rd Force. Harga yang ditawarkan adalah berkali ganda murah berbanding harga dipasaran. Hasil jualan pula akan digunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja amal 3rd Force.

Ayuh kita semua berganding bahu, kita sama-sama berusaha untuk menjadi orang baik-baik dan menyebarkan sejauh mungkin gelombang kasih sayang dan orang baik-baik ini kerana syurga itu untuk semua orang.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearthe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan dari Safuan
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*