Jumaat- 13 Oktober 2017 | Program Kacau Bubur Asyura ini dianjurkan oleh The Third Force Batu Balai Kuala Krai bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim diantara asnaf asnaf penduduk setempat dan sukarelawan The 3rd Force yang dapat melakukan kerja kerja amal dengan memasak bubur asyura.

Program ini membolehkan The 3rd Force membantu penduduk setempat yang belum merasa bubur asyura pada tahun ini dengan pemberian bubur asyura.

Sebanyak 250 pek bubur asyura telah diagihkan kepada penduduk setempat dan sekitar bandar kuala krai yang kurang berkemampuan.

Di samping itu, program ini dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam masyarakat. Program ini juga akan membuatkan semua yang terlibat berinteraksi antara satu sama lain dan dapat mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup bak kata pepatah berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekaligus akan mewujudkan yang sihat dan sama sama menjadi orang baik baik.

Perumahan Thirdforce Batu Balai adalah satu projek perumahan untuk asnaf mangsa banjir 2014 dari kategori asnaf yang hilang tempat tinggal dan tiada tanah untuk membina rumah, sebelumnya tinggal di tanah reserve kerajaan, nama tak naik untuk dapat bantuan rumah dsbg.

Ianya dibina hasil sumbangan kalian semua keluarga besar thirdforce.

Projek yang siap sepenuhnya awal tahun 2016 ini mampu menempatkan 10 keluarga asnaf dan dilengkapi sebuah surau serta berpagar.

Pengasas Thirdforce, abangraja menganggap projek ini sebagai satu aspirasi rakyat Malaysia yang impikan kehidupan yang harmoni, saling bantu membantu dan prihatin sesama kita, tolong menolong tanpa banyak protokol dan birokrasi. Jika kita bersatu hati tiada yang mustahil. Jika kita benar-benar nak tolong orang susah tiada sebab ianya jadi begitu sukar.

Jom sama sama dengan kami untuk menyebarkan gelombang mengajak orang jom jadi orang baik baik, apabila ramai orang baik orang jahat akan malu nak buat jahat.

“JOM JADI ORANG BAIK BAIK”

Laporan oleh Sauti
Sukarelawan The 3rd Force
Bandar Kuala Krai.

Related Post

Leave us a reply

*

*