14 Oktober 2017, Malam ini pergi membasuh kereta 4×4 yang di infakkan oleh salah seorang insan untuk kerja Kerja kemanusiaan thirdforce.

Kenderaan ini telah digunakan dalam pelbagai bentuk bantuan. Tengah duduk imbas kembali jasa kereta ini pada asnaf, teringat pula pada arwah Pak Lah. 😭 Warga emas yang tinggal bawah jambatan selama 3 tahun ketika ditemui satu ketika dulu.

Paling tidak dapat dilupakan adalah ketika membawa arwah Pak Lah pergi mengunting rambut dan menghantar ke Hospital dengan menaiki kenderaan ini… masih terngiang-ngiang perbualan ketuhanan, ilmu tariqat dan taswuf yang dikongsi dengan kami yang tak tahu apa-apa ini …

Arwah Pak Lah adalah warga emas sebatang kara yang tinggal dibawah jambatan. Thirdforce dengan bantuan tuan/puan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak UMK telah membina sebuah rumah untuk beliau.

kenderaan yang di infakkan oleh orang awam untuk kegunaan bagi bantuan kemanusiaan

Di akhir hayatnya, warga emas yang dulu tinggal dibawah jambatan telah meninggal dunia di dalam rumahnya sendiri 2 minggu setelah rumah tu siap dan beliau duduki. Beliau pergi dikelilingi ramai sukarelawan dan orang baik-baik biarpun hidupnya terbiar dan terasing..Perginya diiringi ribuan manusia dan doa … pengakhiran yang hebat dan cukup mulia dimata kami.

Al-Fatihah kepada arwah Pak lah.

Subhanallah, saya tidak dapat bayangkan betapa banyakkan pahala yang mengalir selagi mana kenderaan yang di infakkan ini digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Terima kasih thirdforce ucapkan kepada yang menginfak kenderaan ini.

Orang lain tak kan tengok jew.. Jomm laa infakkan apa yang kita mampu.. Ehh bukan nak suruh infakkan kenderaan 4×4 taw. Apa-apa sahajalah yg kita ada yang kita mampu …

Abangraja ada pesan pada kami, kalau tidak boleh nak bantu dari segi kewangan, doa juga sudah memadai.

Kami bukan hendakkan duit, kami cuma nak ajak semua masyarakat untuk jomm jadi orang baik baik.. Bantu sekadar apa yang kita mampu, tak mampu duduk diam dan berdoa supaya Allah membuka pintu hati orang lain untuk sama-sama membantu.

Bukan asyik cari kesalahan abangraja dan kami para sukarelawan.
Jomm laa sertai kami the thirdforce dan jomm jadi orang baik baik.

Selebihnya kita serah pada Allah …

RMH
Sukarelawan thirdforce
Pasir Puteh
Kelantan.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*