Saya ini bukanlah ‘cat lover’ sangat. Tak pernah bela kucing dekat rumah. Setiap kali berada di kedai makan atau pasar, bila ada kucing lalu di kaki dan ekornya terkena pada kaki saya, saya mudah terkejut kerana geli!

Selalunya, bila nak makan di kedai. Kucing- kucing ni akan datang dan menggeselkan kepala di kaki saya. Kalau tak perasan kehadiran mereka mungkin saya sangat terkejut. Tapi saya masih suka kucing.

Yang sedihnya bila melihat gelagat segelintir orang kita. Kucing-kucing ni di tendang dan di usir sewaktu meminta sisa atau makanan. Kucing tu bukan mintak banyak pun. Kongsi la sikit rezeki tu, tak rugi pun. Kucing tu pun makhluk Allah S.W.T.

Sejak akhir-akhir ni, macam-macam jenis penganiyaan terhadap kucing ni kalau kita perasan. Seolah-olah sudah hilang sikap perikemanusiaan kita terhadap binatang. Saya sendiri sudah terasa sedihnya melihat gelagat mereka, tak tahu lah bagaimana perasaan pencinta-pencinta kucing diluar sana.

Kalau iya pun tak suka kucing, tunjuk lah cara yang betul. Terutamanya mereka yang keluar makan bersama anak-anak. Tak malu ke dengan anak-anak? Sepatutnya kita lah tunjukkan contoh yang betul supaya dapat melahirkan individu yang penyayang kepada semua makhluk Allah.

Disini lah bermulanya cara kita dalam membentuk masyarakat yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan. Sama juga kalau tengok orang lain hidup susah, makan tak cukup dan macam-macam ujian lain tapi kita tak rasa apa. Tak rasa sedih, tak rasa kasihan itu tandanya hati kita ada masalah.

Saya masih ingat lagi kata-kata Abangraja yang selalu berpesan kepada adik-adik sukarelawan yang lain. Tujuan utama kita melakukan kerja-kerja kesukarelawan ini bukan untuk menyelesaikan masalah asnaf. Kita buat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Kita nak ajak ramai lagi orang jadi baik-baik. Buat benda baik, insha’Allah. Bila ramai orang jadi baik-baik, maka orang jahat malu untuk berbuat jahat. Kita sebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik sejauh yang mungkin.

Ada banyak cara nak praktikkan budaya membuat kebaikan ni dalam kehidupan seharian kita. Terutamanya kepada semua makhluk ciptaan Allah, baik kepada manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Buatlah yang terbaik dan bantulah mereka yang memerlukan mengikut kemampuan diri masing-masing.

Semoga hidup kita mendapat keredhaan Illahi, dan sentiasa berada dibawah perlindunganNya.

Afifudin
Thirdforce
Pasir Puteh
Kelantan.

Related Post

Leave us a reply

*

*