ISNIN | 16 Oktober 2017 – Hari ini, sukarelawan di Pasir Puteh turut sama untuk membuat kerja-kerja pembinaan seperti menggaul simen, meratakan tanah dan mengikat bata di Depot Transport Thirdforce di Pasir Puteh.

Untuk hari ini, sukarelawan membuat persediaan tapak untuk di konkrit lantai Depot Transport kerana sebelum ini hanya separuh dari kawasan tersebut berkonkrit. Alhamdulillah, dengan adanya ‘backhoe‘ yang telah diinfakkan, memudahkan lagi pekerjaan sukarelawan untuk meratakan tanah di Depot tersebut.

Sukarelawan Thirdforce yang rata-ratanya graduan lulusan dari Universiti tempatan dalam pelbagai bidang ini melakukan kerja yang jauh tersasar dari bidang pengajian mereka. Kerja-kerja yang dilakukan ini untuk mendidik hati-hati sukarelawan yang masih muda ini agar sentiasa rendah diri dengan melakukan pekerjaan yang luar dari skop tugasan mereka.

Sukarelawan Thirdforce yang rata-ratanya graduan lulusan dari Universiti tempatan dalam pelbagai bidang ini melakukan kerja yang jauh tersasar dari bidang pengajian mereka

Menurut Abangraja, kerja-kerja yang dilakukan ini juga bermanfaat kepada sukarelawan. Ini kerana, secara tidak langsung Sukarelwan mendapat ilmu pertukangan yang mana akan berguna kepada mereka pada masa akan datang, apabila mereka meningkat dewasa, mempunyai rumah tangga sendiri dan mungkin bila nak bina rumah masing2 satu hari nanti.

Ada juga antara sukarelawan yang mana bapa atau ahli keluarga mereka yang bekerja sebagai tukang rumah. Apabila mereka melakukan pekerjaan tersebut, mereka akan rasa sendiri penat lelah bapa mereka memcari rezeki untuk menyara keluarga mereka sebelum ini.

Semoga sukarelawan dapat melakukan pekerjaan tersebut dengan ikhlas hati dan melakukanya dengan sepenuh hati. Ini kerana, manfaatnya akan dapat dirasai oleh mereka sendiri… Insya Allah..

Doakan agar kami istiqamah bertalaqi bersama abangraja demi mencari redha Allah dan barakoh pada usia muda kami. Kalian semua keluarga besar thirdforce adalah kekuatan kami untuk terus istiqamah memilih jalan hidup ini meninfaqkan tenaga dan usia untuk kerja2 kemanusiaan membina ummah …

Aminnnn …

Coretan dari
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*