SELASA | 17 Oktober 2017 – Bulan Muharam sinonim dengan majlis membuat bubur asyura yang telah dilakukan sejak zaman dahulu lagi. Bubur asyura ini biasanya akan dicampur dengan jagung dan ada juga yang masukkan daging dalam bubur tersebut.

Tapi persoalannya, dari mana asal usul Bubur Asyura ini?

Ada antara pendapat yang masyhur mengatakan bahawa Bubur Asyura ini bermula dari kisah Nabi Nuh ketika bahtera Nabi Nuh berlabuh disesuatu tempat atau bukit, lalu Nabi Nuh memerintahkan pengikutnya supaya mengeluarkan bahan mentah yang ada untuk dimasak. Daripada kisah inilah bermulanya amalan membuat bubur Asyura.

Betul ke?

Biarlah dari mana bermula bubur asyura ini, tapi apa yang penting manfaat yang diperolehi oleh masyarakat yang turut serta dalam majlis membuat bubur asyura tersebut iaitu dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Ini kerana untuk membuat bubur tersebut tidak dapat dilakukan seorang diri, ianya memerlukan tenaga dan kerjasama dari ramai pihak.

Hari ini, Abangraja di jemput untuk turut sama dalam Majlis Bubur Asyura di Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF). Ibubapa bersama-sama tenaga pengajar SRIDAF bergotong royong untuk membuat bubur asyura. Amalan ini perlu dikekalkan kerana masyarakat zaman sekarang, masing-masing sibuk dengan kerja tidak ada masa untuk bertanya khabar.

Dengan adanya majlis seperti ini kita dapat mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dan juga memberi makanan kepada orang lain, yang mana sangat dituntut dalam agama kita.

Coretan ringkas
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*